Thursday, May 31, 2012

Plat kereta Sultan Kelantan



                                                 plat kereta Sultan Kelantan 


Surah Al Kahfi dan kelebihannya



Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.   Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda ; 
"barangsiapa membaca surah al kahfi pada hari JUmaat maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara 2 Jumaat"  , (HR al Hakim dan baihaqi, disahkan oleh al Bani)

dari Ali yang meriwayatkan drp Rasullulah saw , Baginda bersabda yang maksudnya : barangsiapa membaca surah al Kahfi pada hari Jumaat nescaya dirinya terpelihara hingga 8 hari dr segala fitnah yang melanda dan jika keluarnya dajjal sekali pun , dia akan terpelihara darinya.  (al Dhurr al Manthur oleh al sayuti 5:355)

dari Abu al Darda bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya ; " barangsiapa yang menghafaz 10 ayat drp awal surah al Kahfi pasti terlindung drp dajjal" (HR Muslim 809).

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.

  • Ia merupakan surah Makkiyah.
  • Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita.
  • Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang:
  • Kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim,
  • Kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH,
  • Kisah Nabi Musa dan Khidir, dan
  • Kisah Zulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
  • Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”, Ia suatu kalimah yang sangat penting.

Antara sebab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.

Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…

ALLAHU A`LAM.

Sekadar menyampaikan,

sakit kepala



Secara amnya, terdapat dua jenis sakit kepala yang sering dialami oleh kebanyakan orang iaitu sakit kepala disebabkan oleh ‘tension’ (ketegangan) dan sakit kepala migrain. Sakit kepala disebabkan tension adalah sakit di bahagian kepala secara menyeluruh manakala sakit kepala migrain biasanya sakit di sebelah kepala disertai dengan rasa mual, sensitif kepada cahaya dan bunyi bising. Kedua-dua sakit kepala ini boleh dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit yang tentunya mengandungi bahan kimia.

Bagi mengelakkan terlalu banyak makan ubat penahan sakit kepala ini yang boleh mendatangkan kesan sampingan dalam jangkamasa panjang, lebih baik kita gunakan cara penyembuhan sakit kepala secara semulajadi di rumah.  Di antara cara mencegah atau mengurangkan sakit kepala yang dianggap berkesan ialah:
  1. Elakkan pengambilan bahan perisa MSG (monosodium glutamate) dalam makanan kerana ia boleh menjadi pencetus atau penggalak sakit kepala dengan mengembangkan saluran darah ke kepala.
  2. Jangan makan makanan yang mengandungi bahan amine dan nitrat, seperti coklat, keju lam, hati, produk daging diproses (hot dog, burger, dsb).
  3. Makan suplemen minyak ikan atau omega-3 – dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan sakit kepala.
  4. Mandi dengan air suam – dapat membantu membetulkan aliran darah.  Mulakan jirus air dari kaki dahulu.
  5. Makan halia – membantu aliran darah yang baik.
  6. Perlakuan menggigit pensil (bukan terlalu kuat tetapi sekadar dapat merehatkan otot rahang) dapat mengurangkan sakit kepala.
  7. Tegakkan badan semasa berdiri.
  8. Kurangkan pengambilan kafein.
  9. Pengambilan magnesium (200-400 mg) bagi mengurangkan ketegangan (tension) otot yang boleh menyebabkan lagi sakit kepala.
  10. Sakit kepala juga boleh dikurangkan dengan berfikiran positif, jangan fikirkan masalah tapi fikirkan punca dan cara menyelesaikan masalah. 

sumber: health.yahoo

Wednesday, May 30, 2012

Ratu Elizabeth


Ratu Elizabeth II , 60 tahun berfesyen ..... tetap cantik














Gangguan Jin


BAGAIMANA CARA MENGATASI GANGGUAN JIN DI RUMAH

1. Beri salam apabila masuk rumah dengan ucapan:
'Assalamualaikum..demi janji kamu dengan Nabi Sulaiman, keluarlah engkau dari rumahku dan jangan khianati sesiapa.'
2. Doa untuk bakar jin atau gangguan di rumah sebanyak 3 kali :
'Masya Allahu Kana Wamalam Yasya'lam Yakun Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim'.
3. Surah Al-Jin ayat 1 hingga 15.
4. Surah Assoffat ayat 1 hingga 10.
5. Ayat Kursi


Dikatakan doa di atas adalah doa Nabi S.A.W. yang telah di datangi syaitan yang mahu menyerangnya. Dengan membaca doa ini, akhirnya syaitan terbakar hangus. Surah Jin pula menerangkan tentang golongan jin manakala Surah Assoffat menerangkan kekuasaan Allah dan adanya satu bintang yang bernama Shihab iaitu bintang yang cerdik yang merejam syaitan dengan api dan paling ditakuti oleh syaitan yang mahu menaiki arash untuk mengetahui qada' manusia. Terdapatnya tukang2 tilik yang menggunakan syaitan untuk melihat masa depan dengan cara sampai ke atas arash dan perkara ini amat bertentangan dengan ajaran Islam. Bintang Shihablah yang merejam syaitan dengan api untuk sampai ke sana dan syaitan amat takut dengan membaca ayat ini.


SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN


Ketika tidur
  • Dihimpit sesuatu ketika tidur.
  • Bunyi gigi ketika tidur.
  • Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
  • Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
  • Mimpi menakutkan.
  • Mimpi paderi, salib dan gereja.
  • Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
  • Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
  • Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
  • Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
  • Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
  • Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
  • Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
  • Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
  • Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
  • Mimpi tandas dan buang air
  • Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.
Ketika jaga
  • Sakit tulang belakang tanpa sebab.
  • Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
  • Istihadah. (haid lebih 15 hari)
  • Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
  • Takut tidak bersebab.
  • Badan terasa berat dan malas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Suka bercakap-cakap berseorangan.
  • Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
  • Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
  • Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
  • Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
  • Pengsan atau sawan tanpa sebab dan strok.
  • Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
  • Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.
  • Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
  • Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
  • Sakit tulang empat kerat.
  • Batuk yang berpanjangan dan kadang kadang berdarah.
  • Kuat berangan.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
  • Nafsu seksual yang melampau.
  • Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
  • Mandul.
  • Terasa diri selalu diperhatikan.
  • Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
  • Kerap melihat susuk penampakan jin di mana mana.
  • Takut menziarahi jenazah.
  • Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
  • Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
  • Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
  • Nampak bayang-bayang melintas.
  • Sukar lelapkan mata atau insomnia.
  • Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
  • Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
  • Sakit bahagian perut tanpa sebab.
  • Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
  • Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
  • Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
  • Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
  • Terasa benda bergerak di bawah kulit.
  • Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
  • Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
  • Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
  • Malas beribadah
  • Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
  • Nyanyuk ketika lanjut usia.
  • Kanak2 hyperactive atau autisme.
  • Sikap berubah secara mendadak.
  • Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
  • Kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
  • Sakit mental atau gila.
  • Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.
                                        Ayat penawar gangguan jin dan syaitan 


Monday, May 21, 2012

Status update: Married! Mark Zuckerberg






Status update: Married! Mark Zuckerberg ties the knot in secret ceremony a day after $104billion IPO (and they announced it on Facebook)

Beijing


Lagi 4 jam saya nak ke airport , pergi Beijing seminggu.  Balik nanti saya letak la gambar2 di sana.  Dah hampir 1 am, tak rasa nak tidur pun, hmmmm jawabnya tidur dalam flight la ......  .   jenguk jenguk la blog saya ni minggu depan ye ........




Sunday, May 20, 2012

Bahagia hingga hari tua...




Tom Shovelton, lelaki berusia 87 tahun dari Pentre Halkyn,Flintshire, North Wales ini termasuk lelaki yang paling romantis.

Setiap hari sejak menikahi Joan , 83 tahun, dirinya tak lupa menaruh setangkai bunga mawar segar di dekat katil isterinya.

Dan selama 60 tahun pernikahan mereka itu, tak sekalipun Tom absen untuk memberikan ciuman selamat pagi dan juga selamat malam buat isterinya itu.
Pasangan tersebut baru saja merayakan pernikahan diamond mereka yang dirayakan di Autumn Club di Holywell bersama teman-teman mereka sebelum sebuah pesta keluarga yang diselenggarakan di hotel.“Aku masih mendapatkan sebuah mawar di samping tempat tidurku setiap hari dan aku selalu mendapat ciuman di pagi hari dan sebelum aku tidur malam.

Kami telah tinggal dan bekerja bersama sepanjang hidup kami, jadi kami tahu bagaimana pentingnya memberi dan menerima. Kami memiliki 60 tahun yang membahagiakan. Aku gak ingin merubah apapun juga,” ujar Joan.

Lalu kira-kira apa  rahasianya hingga pernikahan mereka ini boleh lama?

Menurut yang Tom percaya , jika pasangan membuat gestur  atau tindakan yang tak egois pada pasangan atau seseorang yang mereka cintai, maka semakin sedikit hubungan yang berakhir menyedihkan atau meyakitkan.

“Semua orang sebaiknya melakukannya. Aku sangat mencintainya sepenuh hati - aku melakukannya sejak pertama kali bertemu dengannya,” ujar Tom.
Adapun Tom dan Joan bertemu di sebuah pub di Tahun Baru 1946 setelah PD II berakhir.

"Ketika kami pertama berjumpa, aku baru saja meninggalkan Daerah Ketentaraan," ujar Joan.

"Tom adalah seorang petani di Lancashire. Saudariku hendak ke rumah saudaranya Tom dan kami dikenalkan di sebuha pub di Cheshire," cerita Joan lagi seperti dikutip dari Dailymail.co.uk.

Keduanya sempat bercinta selama 2 tahun - dimana mereka kemudian mengetahui kalau mereka memiliki hobi yang sama yaitu hortikultiral dan kemudian melanjutkan hobi mereka itu dengan bekerja sama sebagai penjual tanaman-  dan kemudian menikah di Marton cum Grafton dekat Ripon, York.

Dalam pernikahan mereka itu, mereka dikaruniakan 5 anak, Susan, Tony, Mark dan si kembar  Jayne dan Paul, 10 cucu dan seorang cicit.

~  .... roses and white rocking chair ~

Rahmat dugaan .....


Tidak Semua Musibah Bererti Kemurkaan Allah

Musibah menurut Islam mempunyai makna serta pengertian yang luas. Tidak setiap musibah bererti kemurkaan daripada Allah, sebagaimana tidak setiap nikmat adalah ujian daripada Allah. Ini terserah kepada sejauhmana keimanan manusia menerimanya, betulkah ia seorang mukmin sejati atau hanya beriman di mulut sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)

Kadang kala musibah yang menimpa seseorang itu adalah amaran jika ia melakukan dosa, supaya ia tidak berterusan dalam kemaksiatannya, sedar dan insaf seterusnya  kembali kepada ajaran Islam, yakni patuh kepada Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada umat-umat sebelum kamu, kemudian Kami timpakan ke atas mereka penderitaan dan kemelaratan supaya mereka merendah diri." (Al-An'am: 42)

Ujian Penghapus Dosa

Allah telah menjadikan musibah sebagai tanda untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."  (HR. Bukhari)

"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah."  (HR. Bukhari)

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya. (HR. Tirmizi)

Mengenai pahala yang akan diterima oleh orang-orang yang bersabar ketika menimpa musibah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: Jika Aku menguji hambaKu (membutakan) kedua-dua matanya, lalu ia sabar maka Aku akan mengantikan baginya gengan syurga". (HR. Bukhari)

Terdapat tiga berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar iaitu:

  • Beroleh ampunan dari Allah
  • Beroleh rahmat dari Allah
  • Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).

Di dalam Al-Quran Allah SWT telah mengajar kita supaya mengucap kalimat "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" ketika mengalami musibah. Disunatkan mengucapkan kalimat tersebut setiap kali ditimpa musibah, dari yang paling besar hinnga musibah terkecil, seperti terpijak duri dan sebagainya.

Dalam tujuan yang sama sebuah hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang diperintahkan Allah SWT "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." (HR. Muslim)

Bacaan tersebut mengandungi penawar bagi apa juga bentuk musibah jika diamalkan dan dihayati sepenuh jiwa.

Pertandingan Ratu Maknyah Thai









Miss Tiffany Universe adalah acara tahunan sejak tahun 1997 yang berlangsung di Thailand untuk golongan 'transgender'.  Hadiah yang lumayan disediakan untuk pemenang antaranya Honda Jazz , wang tunai THB120,000-00, trofi , tiara dll.  Pemenang juga ditawarkan menjadi duta barangan kecantikan.  Acara ini sangat popular hingga menarik lebih kurang 15 juta penonton (ditayang secara langsung di tv Thailand).   



Saturday, May 19, 2012

Ular pun pandai balas budi





Seorang pemuda dari China mengaku menemukan dan merawat seekor ular yang sakit menjadi sihat dan kemudian  ular tersebut menyelamatkan keluarga dari bencana kebakaran dengan cara membangunkannya dari tidur.

Yu Feng, dari Fushun, di daerah Liaoning, China menemukan ular hitam yang sakit di luar rumahnya.Dia kemudiannya merawat ular tersebut dengan memberi ubat-ubatan herba dan dalam 20 hari  ular itu oun pulih.

Setelah sihat dia kemudiannya membebaskan ular itu disebuah pergunungan yang terletak satu kilometer dari rumahnya tetapi ular itu tetapa kembali.Dia cuba untuk melepaskan ular itu untuk kali kedua namun ular itu tetap juga kembali kerumahnya.

Dia memlihara ular itu dan menamakannya Long Long. Pada suatu malam Long Long telah mengejutkannya dari tidur dengan cara merayap di mukanya .Dia bangun tetapi kerana mengantuk dia tidur semula.

Long Long kemudiannya pergi ke tempat tidur ibunya dan menggunakan ekor untuk memadamkan kebakaran .Yu Feng yang terbangun kerana terbau benda terbakar mendapati selimut ibunya terbakar.Dia kemudian bergegas memadamkan kebakaran itu.

Seorang pakat reptilia ular setempat mengatakan , sebenarnya ular tidak memiliki kecerdasan untuk bertindak dengan cara ini - tetapi Yu percaya Long Long melakukan kebaikan tersebut, untuk membayar Feng kerana telah menyelamatkan dan merawat dirinya.

Will Smith naik angin sebab kena cium







sumber : dailymail.co.uk


Friday, May 18, 2012

Zikir juga menyerikan wajah



Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada  kategori.
  • Zikir dengan lisan saja.
  • Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.
  • Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.
  • Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. 
Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai.  Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :

“Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”.

Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga” – Petikan dari Hadis riwayat Muslim.

Hikmat lain adalah berturutan seperti :-
  1. Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan  kelazatan iman dalam jiwa.
  2. Menimbulkan kejernihan,
  3. Kemanisan pada hati dan wajah.
  4. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  5. Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.  Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.
  6. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
  7. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.
  8. Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.
  9. Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  10. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
  11. Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  12. Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
  13. Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.

Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah sepertimana dalam firmanNya bermaksud :  Ingatlah kamu kepada Ku ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.

Donna Summer Meninggal Dunia









Queen of Disco, popular sekitar tahun 1970an,  Donna Summer meninggal dunia akibat kanser pada usia 63 tahun di Florida, Amerika Syarikat.  Beliau yang popular dengan lagu lagu seperti Love of Love, Hot Stuff, I Feel Love telah 5 kali memenangi Anugerah Grammy.  Meninggalkan 3 orang anak dan 4 orang cucu.  



sumber telegraph.uk


Lagi cubaan culik

 

KUALA LUMPUR: Satu lagi kejadian cubaan menculik berlaku di sekitar ibu kota kelmarin, menjadikannya kes culik keenam sepanjang tahun ini dengan dua daripada mangsa dilarikan kumpulan penculik termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar.

Dalam kebanyakan kes, kumpulan penculik menggunakan van dan empat daripada enam kes itu membabitkan van putih.

Dalam kejadian terbaru jam 3.30 petang kelmarin, seorang remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rajan, 14, lolos daripada cubaan menculiknya apabila dia nekad menggigit tangan seorang daripada enam lelaki yang ketika itu menekup mulutnya.

Kejadian berlaku ketika Rajan yang pulang dari sekolah baru turun dari bas awam di perhentian bas di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini, dan berjalan untuk ke rumahnya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Sebaik turun daripada bas, saya berjalan ke rumah menggunakan lorong bahagian belakang blok bangunan kedai berdekatan rumah sebelum ternampak seorang lelaki berambut panjang berdiri berdekatan perhentian bas.

Tidak lama kemudian, lelaki itu mengekori saya sebelum sebuah van putih yang diletakkan 200 meter dari perhentian bas bergerak menghampiri saya.

“Tiba-tiba lelaki berambut panjang itu menerpa ke arah saya dan menekup mulut dari arah belakang. Dia kemudian memegang tali beg sekolah dan menarik saya ke arah van putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.



sumber Harian Metro

Thursday, May 17, 2012

Gambar Aisyawarya Rai masa gemuk






Gambar gemuk Aisyawarya Rai semasa mengandung



Antara kelebihan malam Jumaat



Kita boleh berdoa kepada Allah pada bila-bila masa sahaja. Namun, afdalnya sebahagian masa-masa berdoa menurut hadis antaranya adalah :

1.    Ketika dalam sujud
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda:“Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang sujud. Oleh itu , perbanyakkanlah membaca doa pada saat itu, kerana besar kemungkinan akan dimakbulkan.” [Hadis Riwayat Muslim]

2.    Sewaktu satu pertiga malam
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

3.    Ketika hujan turun
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.” [Hadis Riwayat Abu Daud]

4.    Di antara waktu azan dan iqamah
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” [Hadis Riwayat Tirmizi]

5.    Ketika bermusafir dan teraniaya
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” [Hadis Riwayat Abu Daud]

6.    Malam Jumaat, hari jumaat, waktu jemaah berdiri utk menunaikan solat kerana Jumaat penghulu segala hari.

Sabda Rasulullah, ”Bahawasanya pada malam jumaat, ada suatu ketika yg mustajab doanya.” [Riwayat Tarmizi]


Tosai free pula





Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid
Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari Ahad ini.

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.

Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya.



sumber: malaysiakini

Wednesday, May 16, 2012

Jodoh di Luh Mahfuz


JODOH DAN AJAL DI LUH MAHFUZ ALLAH

“Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik.

Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain.

Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslim pun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?.

Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap amarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?.”

sumber- Ustaz Don Daniyal

Kursus Perangi Islam diajar kpd tentera


VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa seorang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam. Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu. Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.

Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’.
Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada seorang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.

Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap seorang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait.

Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.

“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.

“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.

Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.

“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya.


Sumber – Agensi

Tuesday, May 15, 2012

Udang Goreng Mentega/Butter


Bahan 

15 ekor udang 
2 camb butter/mentega
3 kuning telur (pukul)
1 camt serbuk kunyit
1/2 cat garam
2 tangkai daun kari
secukup minyak untuk menggoreng 

Cara

  • gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam 
  • goreng menggunakan 1 camb butter
  • apabila hampir masak masuk daun kari dan angkat, ketepikan
  • tambah minyak ke dalam kuali tadi dan tambah lebihan butter tadi (biar minyak betul2 panas)
  • masukkan kuning telur yang sudah dipukul ke dalam acuan roti jala
  • taburkan kuning telur tersebut dalam minyak panas, sambil kacau (cepat hangus)
  • apabila garing, angkat dan toskan 
  • selepas itu letakkan telur yg telah ditoskan di atas udang goreng tadi

** saya tidak guna acuan roti jala, hehe ... garfu je 




Fasha Sandha hamil 2 minggu, tahniah !!!



Fasha Sandha telah disahkan hamil dua minggu


Berita yang semestinya menggembirakan pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram yang baru sahaja selesai berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu minggu lalu.

Pengurus peribadi Fasha Sandha, Nik Yasmin dikhabarkan memaklumkan berita gembira ini melalui Blackberry Messenger (BBM) selepas doktor mengesahkan kandungan.

Menurut pesanan ringkas Nik Yasmin, doktor melakukan pemeriksaan ke atas Fasha Sandha selepas beliau didapati lambat datang bulan dan doktor tampil dengan berita gembira buat pasangan pengantin baru ini.



Sumber : Media Hiburan

Monday, May 14, 2012

Bunuh Diri Sebab SAKIT GIGI !!!

Dorian Thomson 

Bekas model, Dorian Thomson, 41,  membunuh diri akibat tidak mampu lagi mengalami sakit SEMUA gigi dan masalah rahang (temporomandibular) yang sudah 6 tahun ditanggungnya.

 Kata temannya, Ross Illingworth yang telah mengenali Thomson selama 10 tahun, akibat sakit gigi tersebut, dia susah untuk tidur dan makan mengakibatkan kurang nutrien  untuk badannya.  Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mengambil morphine untuk mengurangkan kesakitan.

Sebelum mengalami sakit ini, Thomson adalah seorang yang periang, berkebolehan dan berkerjaya.  Oleh kerana sakit yang dialaminya, dia menjadi anti sosial dan pernah mengambil dos yang berlebihan.   Pernah mendapatkan rawatan orthodontic  tetapi tidak berjaya menghilang kesakitan yang ditanggungnyanya.




sumber : dailymail.co.uk -mail online

# walaupun sakit sebatang gigi tapi rasa seperti seluruh mulut sakit , sampai lutut hahaha.  Kasihan dia , sampai 6 tahun .... #

Sunday, May 13, 2012

Nak kirim tak ?

ni  kat bandung 

Sesiapa yang nak kirim beli kain, boleh tulis kat komen bawah ni, atau email kat justmemama@ymail.com.  I nak gi bandung 14 Julai , lambat sgt lagi ek ?, takpe kalau ada yang nak kirim barang dari China boleh jugak sbb i g pagi Isnin 21 Mei 2012 ni, tapi barang jangan berat sgt la ya.

Masterchef Selebriti 2012






Tidak lama lagi astro akan menyiarkan program masterchef  selebriti yang membariskan artis dan selebriti terkenal , mereka ialah :

  • Jehan Miskin
  • Serina
  • Siti Sarah
  • Tomok
  • Juliza 
  • Mejer Dr Faiz
  • Louisa Chong
  • Angah Raja Lawak 
  • Salamiah Hasan 
  • Karl Shafek
  • Azwan Ali
  • Dato' Dr Fazley
  • Thanuja
  • Soo Winci
  • Raja Azmi 


Tentu lebih menarik .... sebab ramai yang ingin menonton bagaimana selebriti memasak di dapur seperti Angah, Jehan Miskin dan yang lain lain.    



Mania Akhir, keputusannya ....


Mania akhir nanti bakal menyaksikan kehebatan Jac, Hazama, Stacy, Aril dan Hafiz.   Adira, malam ini sangat bertenaga dan menyinar terutamanya semasa menyayikan lagu Hujan. ... tapi nasib tak menyebelahinya untuk ke peringkat akhir minggu depan.   2 calon M Nasir, 2 calon ahmad Dani, 1 Aubrey.   Apa pun tahniah kepada lima yang terbaeeekkkk ini.  Gud luck !!!!!.   hmmmm RM500,000-00 tu !!!




Saturday, May 12, 2012

Madu masih bersama walau suami telah meninggal



2 madu pegang amanat
Oleh Haidhar Hilmi

BATU PAHAT: Walaupun suami mereka sudah enam tahun meninggal dunia, dua wanita warga emas yang hidup bermadu tetap selesa tinggal sebumbung di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Muhibbah, Jalan Peserai Lama, di sini.

Keikhlasan dua wanita itu membuktikan persefahaman utuh antara mereka yang terjalin sejak puluhan tahun lalu ketika tinggal bersebelahan di rumah panjang tanpa bilik di Batu 3, Tanjung Labuh, dekat sini, ketika suami masih hidup.

Berbekalkan beberapa petua, kedua-dua madu itu bukan saja mengelak perselisihan faham, malah hidup bahagia sejak berkahwin walaupun dihimpit kemiskinan.

Jainah Diso, 61, isteri pertama arwah Abdul Aziz Asot berkata, arwah suami berpesan supaya mereka saling menjaga diri masing-masing dan hidup bersama tanpa mengira keadaan susah atau senang.
Menurutnya, sejak arwah suami memberitahu hasrat berkahwin dengan seorang wanita dari Minyak Beku, di sini, pada pertengahan 1980-an, dia menerima berita itu dengan reda.

                                      ~~~~~~~~~~~///~~~~~~~~~~~

~ kalau dengar madu pun dah naik angin, ini pula nak tinggal serumah , owhhh tidak ~





Friday, May 11, 2012

Bismillahitawakaltu...pramugari nahas pesawat sukhoi



selepas 




Aditya Recodianty (Tya), salah seorang  pramugari Sky Aviation dalam nahas pesawat Russia Sukhoi Superjet 100 sempat update status di telefon BBnya dengan ayat  ...  Bismillahitawwakkaltu , kata ibunya , Susan pada 9/5/12.   Tya (pramugari ini) juga pernah bekerja di Lion Air sebelum ini.

** penerbangan ini hanya untuk mencuba sukhoi ni , ramai pemberita dan jemputan atas pesawat ini,  malang tak berbau **


Bunga Telang


Bunga telang selalu digunakan di dalam masakan melayu dan cina juga baba nyonya.  Biasanya ia digunakan untuk mendapatkan warnanya yang biru (mencantikkan makanan / kuih muih/ nasi).  Saya telah lama 'mengenali' bunga ini semasa zaman kanak kanak lagi kerana nenek biasa memasak bunga ini di dalam nasi, katanya untuk awet muda ...  (orang dulu dulu banyak petua).  Di halaman rumah saya pun saya tanam bunga ni ... . nampak cantik dan sentiasa berbunga.  Tapi kalau tak jaga, dia merebak cepat, nanti nampak cam hutan.  Saya panjatkan pada tiang.

Cubalah masak nasi hari hari guna air dari bunga ni, nasi jadi lebih berseri .... .

saya tanam di laman rumah 

pulut inti 



nasi kerabu  










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...