Saya tinggal di salah satu kawasan perumahan di subang jaya. Dalam barisan rumah saya hanya 3 keluarga saja melayu . Dah lama saya tinggal di kawasan ini sebab berhampiran dengan masjid yang banyak aktiviti , balai polis, shopping complex, sekolah , taipan dll, nak ke mana-mana pun mudah. Saya suka kawasan kejiranan ini kerana masing masing mengambil berat jiran walau sibuk bekerja.
Pernah satu hari, anak saya menangis tengah malam lebih kurang pukul 2 pagi, jiran sebelah saya seorang doktor cina datang ke rumah tanpa diminta. kedua dua sebelah menyebelah adalah jiran cina. Anak-anak saya juga tidak kekok untuk keluar masuk rumahnya , begitu juga anak-anak jiran ke rumah saya.
Selalu jugaa saya hantar makanan ke rumahnya, begitu juga mereka. Rajin jugak jiran tolong bawakan anak saya yang bongsu 'evening walk'. Kalau kita keluar rumah lama , kunci tinggal di rumah jiran , sama bagi dia juga. Indah Malaysia kita ni kan ?. Berbagai kaum boleh hidup rukun damai , aman sentosa. Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada.
No comments:
Post a Comment