Thursday, May 17, 2012
Antara kelebihan malam Jumaat
Kita boleh berdoa kepada Allah pada bila-bila masa sahaja. Namun, afdalnya sebahagian masa-masa berdoa menurut hadis antaranya adalah :
1. Ketika dalam sujud
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda:“Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang sujud. Oleh itu , perbanyakkanlah membaca doa pada saat itu, kerana besar kemungkinan akan dimakbulkan.” [Hadis Riwayat Muslim]
2. Sewaktu satu pertiga malam
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
3. Ketika hujan turun
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
4. Di antara waktu azan dan iqamah
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” [Hadis Riwayat Tirmizi]
5. Ketika bermusafir dan teraniaya
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
6. Malam Jumaat, hari jumaat, waktu jemaah berdiri utk menunaikan solat kerana Jumaat penghulu segala hari.
Sabda Rasulullah, ”Bahawasanya pada malam jumaat, ada suatu ketika yg mustajab doanya.” [Riwayat Tarmizi]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment