Saturday, May 19, 2012

Ular pun pandai balas budi





Seorang pemuda dari China mengaku menemukan dan merawat seekor ular yang sakit menjadi sihat dan kemudian  ular tersebut menyelamatkan keluarga dari bencana kebakaran dengan cara membangunkannya dari tidur.

Yu Feng, dari Fushun, di daerah Liaoning, China menemukan ular hitam yang sakit di luar rumahnya.Dia kemudiannya merawat ular tersebut dengan memberi ubat-ubatan herba dan dalam 20 hari  ular itu oun pulih.

Setelah sihat dia kemudiannya membebaskan ular itu disebuah pergunungan yang terletak satu kilometer dari rumahnya tetapi ular itu tetapa kembali.Dia cuba untuk melepaskan ular itu untuk kali kedua namun ular itu tetap juga kembali kerumahnya.

Dia memlihara ular itu dan menamakannya Long Long. Pada suatu malam Long Long telah mengejutkannya dari tidur dengan cara merayap di mukanya .Dia bangun tetapi kerana mengantuk dia tidur semula.

Long Long kemudiannya pergi ke tempat tidur ibunya dan menggunakan ekor untuk memadamkan kebakaran .Yu Feng yang terbangun kerana terbau benda terbakar mendapati selimut ibunya terbakar.Dia kemudian bergegas memadamkan kebakaran itu.

Seorang pakat reptilia ular setempat mengatakan , sebenarnya ular tidak memiliki kecerdasan untuk bertindak dengan cara ini - tetapi Yu percaya Long Long melakukan kebaikan tersebut, untuk membayar Feng kerana telah menyelamatkan dan merawat dirinya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...