Wednesday, May 09, 2012

Ketua Wanita MCA Melaka pertahan pendirian



Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.

Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai warganegara yang prihatin.

"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih. 

"Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami. 

Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu. 

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN. 

Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan. 

"Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu. 

1 comment:

  1. Ini yang dinamakan biadab dan kurang ajar..
    jadi tidak salah kalau ada orang melayu yang mencurigai MCA ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...