Monday, May 07, 2012

Faradhiya dan Datuk S ???



Ini merupakan gambar Farahdhiya bersama kekasihnya ketika hadir di majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai. Di fahamkan, kekasihnya ini berkacukan Melayu-Arab bernama Datuk S.

Menariknya, gosip ini , Zubir telah menerima panggilan telefon daripada seorang vip diberi nama Datin Q bahawa Datuk S ini merupakan suami orang dan isterinya ialah Datin S. Adoi Zubir, banyaknya huruf. Menurut Datin Q, Datuk S ini masih pasangan suami isteri dan mereka hidup aman damai tanpa persengketaan. Datin Q agak terperanjat kerana Farahdhiya berani tampil di majlis keramaian bersama Datuk S sedangkan hubungan Datuk S bersama isterinya masih hubungan yang sah.
Sebagai nota, Datuk S ini merupakan usahawan yang berjaya, dia memiliki dua buah resort, satu di Terengganu dan lagi satu di Cyberjaya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...