Wednesday, May 30, 2012

Gangguan Jin


BAGAIMANA CARA MENGATASI GANGGUAN JIN DI RUMAH

1. Beri salam apabila masuk rumah dengan ucapan:
'Assalamualaikum..demi janji kamu dengan Nabi Sulaiman, keluarlah engkau dari rumahku dan jangan khianati sesiapa.'
2. Doa untuk bakar jin atau gangguan di rumah sebanyak 3 kali :
'Masya Allahu Kana Wamalam Yasya'lam Yakun Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim'.
3. Surah Al-Jin ayat 1 hingga 15.
4. Surah Assoffat ayat 1 hingga 10.
5. Ayat Kursi


Dikatakan doa di atas adalah doa Nabi S.A.W. yang telah di datangi syaitan yang mahu menyerangnya. Dengan membaca doa ini, akhirnya syaitan terbakar hangus. Surah Jin pula menerangkan tentang golongan jin manakala Surah Assoffat menerangkan kekuasaan Allah dan adanya satu bintang yang bernama Shihab iaitu bintang yang cerdik yang merejam syaitan dengan api dan paling ditakuti oleh syaitan yang mahu menaiki arash untuk mengetahui qada' manusia. Terdapatnya tukang2 tilik yang menggunakan syaitan untuk melihat masa depan dengan cara sampai ke atas arash dan perkara ini amat bertentangan dengan ajaran Islam. Bintang Shihablah yang merejam syaitan dengan api untuk sampai ke sana dan syaitan amat takut dengan membaca ayat ini.


SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN


Ketika tidur
  • Dihimpit sesuatu ketika tidur.
  • Bunyi gigi ketika tidur.
  • Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
  • Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
  • Mimpi menakutkan.
  • Mimpi paderi, salib dan gereja.
  • Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
  • Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
  • Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
  • Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
  • Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
  • Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
  • Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
  • Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
  • Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
  • Mimpi tandas dan buang air
  • Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.
Ketika jaga
  • Sakit tulang belakang tanpa sebab.
  • Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
  • Istihadah. (haid lebih 15 hari)
  • Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
  • Takut tidak bersebab.
  • Badan terasa berat dan malas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Suka bercakap-cakap berseorangan.
  • Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
  • Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
  • Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
  • Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
  • Pengsan atau sawan tanpa sebab dan strok.
  • Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
  • Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.
  • Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
  • Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
  • Sakit tulang empat kerat.
  • Batuk yang berpanjangan dan kadang kadang berdarah.
  • Kuat berangan.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
  • Nafsu seksual yang melampau.
  • Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
  • Mandul.
  • Terasa diri selalu diperhatikan.
  • Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
  • Kerap melihat susuk penampakan jin di mana mana.
  • Takut menziarahi jenazah.
  • Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
  • Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
  • Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
  • Nampak bayang-bayang melintas.
  • Sukar lelapkan mata atau insomnia.
  • Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
  • Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
  • Sakit bahagian perut tanpa sebab.
  • Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
  • Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
  • Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
  • Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
  • Terasa benda bergerak di bawah kulit.
  • Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
  • Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
  • Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
  • Malas beribadah
  • Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
  • Nyanyuk ketika lanjut usia.
  • Kanak2 hyperactive atau autisme.
  • Sikap berubah secara mendadak.
  • Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
  • Kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
  • Sakit mental atau gila.
  • Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.
                                        Ayat penawar gangguan jin dan syaitan 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...