Thursday, May 31, 2012

Surah Al Kahfi dan kelebihannya



Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.   Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda ; 
"barangsiapa membaca surah al kahfi pada hari JUmaat maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara 2 Jumaat"  , (HR al Hakim dan baihaqi, disahkan oleh al Bani)

dari Ali yang meriwayatkan drp Rasullulah saw , Baginda bersabda yang maksudnya : barangsiapa membaca surah al Kahfi pada hari Jumaat nescaya dirinya terpelihara hingga 8 hari dr segala fitnah yang melanda dan jika keluarnya dajjal sekali pun , dia akan terpelihara darinya.  (al Dhurr al Manthur oleh al sayuti 5:355)

dari Abu al Darda bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya ; " barangsiapa yang menghafaz 10 ayat drp awal surah al Kahfi pasti terlindung drp dajjal" (HR Muslim 809).

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.

  • Ia merupakan surah Makkiyah.
  • Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita.
  • Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang:
  • Kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim,
  • Kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH,
  • Kisah Nabi Musa dan Khidir, dan
  • Kisah Zulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
  • Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”, Ia suatu kalimah yang sangat penting.

Antara sebab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.

Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…

ALLAHU A`LAM.

Sekadar menyampaikan,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...