Wednesday, May 09, 2012

Mati diserang anjing ketika jogging





Seorang warga emas maut akibat diserang seekor anjing jantan jenis Pitbull ketika berjoging di sekitar kawasan taman perumahannya di Seksyen 19/5B Subang Jaya.  Ketika kejadian 9.50 pagi itu, Yip Sun Wah, 74, berjoging bersendirian di kawasan perumahannya, sebelum diserang anjing berkenaan yang muncul dari tempat pembuangan sampah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata siasatan awal polis mendapati mangsa mati akibat digigit pada bahagian leher dan telinga kanan selepas bergelut kira-kira dua minit.

"Semasa kejadian berlaku dipercayai pemilik anjing berkenaan tidak sedar dan saya difahamkan pemilik anjing mempunyai lesen yang sah,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...