Monday, October 14, 2013

Bihun Goreng




Monday, October 07, 2013

Ayam Masak Merah Berempah



bahan bahan 

1/4 ekor ayam dipotong (saya suka potong kecil sikit)
3 sudu besar cili boh
gula secukup rasa
garam secukup rasa
daun kari
1 asam keping (taknak pun boleh)
3 sudu cili sos
minyak (utk tumis)
1/2 cawan air

bahan untuk ditumbuk/blend

3 biji bawang merah (kecil)
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih  
1/2 sudu ketumbar


Cara 

1) basuh ayam , gaul kunyit dan garam , goreng seperti biasa, sebelahkan
2) panaskan minyak , tumis bahan bahan yang telah ditumbuk
3) biar sampai garing , masukkan daun kari dan cili boh
    goreng lagi hingga garing
4) masukkan cili sos dan kemudian air , *tambah gula jika perlu
    *biasanya saya tak masukkan garam
5) biar mendidih
6) masukkan ayam yang telah digoreng
7) masak sehingga kuah menjadi sedikit kering dan berminyak




Tuesday, September 24, 2013

Ayam Goreng Berempah (Serai)



Bahan bahan 

1/4 ekor ayam dipotong kecil  *biasa saya rebus sekejap
Minyak untuk menggoreng

Bahan perapan (semua blend) 

1 1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu biji ketumbar
3 ulas bawang putih
5 biji bawang kecil
1/2 inci halia
1 batang serai
1 sudu kunyit serbuk
1 sudu gula (jika suka boleh guna gula merah)
garam secukup rasa
daun kari (tak payah blend)

Cara

1) rebus ayam , toskan, dan perap dengan bahan bahan yg diblend
    kalau tak nak rebus terus perap.
2) masuk daun kari dan perap selama 3 jam
3) Goreng dengan api yang perlahan


Monday, September 16, 2013

Doa pembuka apa yang tertutup


Diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda dan akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya
Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.”
Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” (Riwayat Bukhari)














Wednesday, June 19, 2013

Bandung


Ini kali pertama anak anak naik kapal terbang (Julai 2012),  tambang murah aritu sempat i grab Airasia ticket ke bandung untuk kami berlima sekeluarga , RM1550 return + hotel 4 hari 3 malam , murah kan ?.  kalau tak berapa murah pun tapi sangat berbaloi.   Ceria si manja mama yang kecil sekali.

Niat jalan jalan kali ni ialah budget, so sendiri gerak tak guna mana mana TA pun. Redah je ... .  



Orange Home Shariah- ada katil lagi
 untuk 2 orang dlm bilik tepi tu
Hari 1
Oleh kerana tiket murah , maka dapat flight malam dari LCCT , sampai Bandung , terus ke tempat yang i dah book via AirasiGo , iaitu Orange Home Shariah.  Dekat je dengan airport Hussein Sastranagara.  Orange Home sediakan airport transfer (van) jemput kita di airport (hmmm jimat rupiah ku... ).  Selesa jugak bilik ni, 2 single bed dan 1 queen bed, sofa, tv , cukup la.  Sampai terus tidur je.  Breakfast disediakan di sini.  OK jugak la.


factory outlet-Heritage
lagi fo di seberang jalan sana 


Hari 2

Hari ini,  i dah book supir pagi sampai 9 malam.  Mula mula kami menuju ke Tangkuban Parahu.  Sampai kat atas , jalan2 jap ambik gambar, beli strawberry yang manis manis tu... dah turun.  Minta supir terus bawa kita pergi lunch.  Sebelum tu ke money changer, tukar duit di sini lebih untung dari di KL.  Lepas tu sampai ke malam kami menghabiskan masa di Factory Outlet di Jalan Dago dan Jalan Riau, tu pun ada yang tak sempat dijelajah lagi.  



Hari 3

Hari ini kami sendiri ambil teksi dari Orange Home ke Pasar Baru dan lepas tu ke Toko Tiga untuk mencari jeans.  Punye lama membelek jeans sampai si kecik tu tidur di atas riba hb , nasib ada kerusi di sini (Toko Tiga).   Malam baru kami balik ke bilik.  

Hari 4

Pagi lepas breakfast baru mengemas beg (dah bertambah beg).   Beli beg kat Pasar Baru (beg plastik murah tu je), boleh isi je dah .... .   Selesai urusan check out hotel, terus lunch , dan sambung lagi ke beberapa factory outlet , misi mencari t-shirt untuk anak lelaki sulung dan anak lelaki bongsu.  Kat tepi jalan di sini beli strawbery lagi . Manis dan besar dan yang penting lebih murah dari yang jual kat Tangkuban Prahu hari tu.   Hampir petang, kami ke airport, flight malam.

yeay, berjaya kami ke Bandung dengan belanja yang ciput... nak pergi lagi kalau ada tiket murah nanti.  Pak Tony Fernandez buat la lagi sale Bandung and Beijing.  Kalau ada harga murah pun selalunya Bandung terkecuali huhu 



Sunday, June 16, 2013

Doa Musnahkan Sel-sel Kanser


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser.  Jika pesakit dapat membacanya lagi baik.  Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).



-sumber-

Tuesday, April 16, 2013

Kari Ayam (ringkas je)


Bahan bahan

6 potong ayam
2 bawang merah (sederhana)
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia (hiris)
1 batang kulit kayu manis
1/2 paket kari (lbh krg 25 g)
1 camb cili boh
2 biji kentang (potong
2 tangkai daun kari
1 camt garam
1 camt gula
1 asam keping
100 ml santan (=1/2 kotak kecil)
2 1/2 gelas air
2 camb minyak


Cara

  • Panaskan minyak
  • tumiskan kayu manis, bawang putih, bawang merah , halia hingga garing
  • masukkan cili boh, goreng lagi hingga garing sedikit
  • masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dgn sedikit air
  • goreng lagi hingga garing
  • masukkan daun kari
  • masukkna kentang , kacau
  • masukkan santan dan air
  • masukkan ayam
  • kacau sambil tu hingga mendidih
  • masukkan garam dan gula
  • apabila kentang hampir lembut masukkan asam keping
  • masak lagi hingga kelihatan pekat 

~ok dah siap ~

Saturday, April 06, 2013

Header Blog


Hari ini saya buat header baru, nampak macam kelakar sangat , macam budak tadika kan?.  Cubaan melukis yang pertama , biarlah tak comey macam kak tun pun .... .  Untuk gambar ni saya guna Photoscape dan paint.net je.  Di sekolah dulu pun saya selalu dapat markah teruk untuk Lukisan hehe, so masa SPM memang tak ambik subject ni pun.  Suka saya dapat melukis sendiri , walau tak cantik tapi rasa puas bila dah siap.  Sebenarnya dalam fikiran nak gambar yang cam lain, bila terlukis terhasil gambar yang lain pulak. ...  .




Yang di bawah ni pulak, saya extract gambar  






Tuesday, April 02, 2013

Mengapa mengambil remeh untuk membayar hutang?



Rasulullah saw bersabda “Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari”.

Apa yang menyebabkan orang berhutang ?, masalah kewangan , untuk bayar hutang dan menampung kelangsungan hidup.   Tetapi sebenarnya orang yang memberi hutang juga bermasalah juga.  Masalahnya , ialah bila menuntut hutang orang tak nak bayar.

Rasulullah sendiri pernah tidak menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang.  Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.  Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Pemberi hutang berhak menuntut hutang sebagaimana dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar.  Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih (menuntut hutang). Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda: ”Belilah, kemudian berikan kepadanya.  Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Muslim)

Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang.  Perkara ini dijelaskan menerusi hadith daripada Uqbah bin ‘Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.”

Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Oleh itu Rasulullah mengajarkan kita sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.”

Kisah diatas menunjukkan betapa Rasulullah mengambil berat tentang hutang. Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.  Maka dengan itu orang yang telah berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.

Bukan itu sahaja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, InshaAllah,  Allah akan memudahkan ia membayarnya.

Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan.  Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya.”

Orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikannya, di akhirat nanti akan dibayar dengan pahalanya…kalau orang berhutang itu tiada pahala…harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman…renungkanlah .”

Di bawah ini adalah salah satu doa berkenaan hutang.

“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku).  Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiyaa : 87).

Bacalah doa di atas, bayangkan wajah si berhutang itu, niat untuk mendapatkan balik hutang tersebut ,  Insha Allah akan dapat balik harta / duit kita kembali.   Ayat di atas digunakan oleh Nabi Yunus as ketika ditelan ikan nun.



sumber

Friday, March 29, 2013

Tangisan Rasullulah saw kerana wanita ... :-





✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG.

✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA.

✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA.

✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA.

✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA.

✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA.

✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA.


sumber : fb

Tuesday, March 26, 2013

Airport Lounge - Plaza Premium Lounge

Premium Lounge KLIA
Apa yang anda lakukan semasa menunggu waktu berlepas di lapangan terbang.  Kebanyakan kita datang awal ke airport untuk mengelakkan terlewat atas sebab sebab yang tak diduga di perjalanan.  Saya memilih untuk datang awal, siap check in dan drop bag dan terus menunggu di airport lounge sahaja.  Keadaan di lounge lebih selesa (terutama jika dibandingkan dengan tempat menunggu di LCCT , KLIA ok lagi).

Banyak bank yang menawarkan 'complimentary access' ke lounge di airport khasnya di semua cawangan plaza premium lounge bagi pemegang credit card mereka.  Plaza Premium Lounge di Malaysia terdapat di KLIA, LCCT, Langkawi  dan Senai, juga terdapat lebih dari 20 cawangan di seluruh dunia.

Selain dari pemegang credit card, anda juga boleh memohon Priority Pass Card.  Kad ini menawarkan hampir semua airport lounge di dunia.  Saya memilih Citibank platinum credit card kerana sudah cukup baik bagi saya kerana ada airport yang Citibank ada lounge sendiri seperti di Soekarno Hatta Jakarta.  Alliance Platinum credit card juga ok kerana tiada had limit access (KLIA), airport lain kena check dulu kerana limit untuk masuk selalu berubah.

Kebanyakan airport lounge menawarkan secara percuma khidmat berikut :

makanan
minuman sejuk dan panas
tempat mandi
wifi
kerusi urut
ruang solat

Jadi ada juga kebaikan menggunakan credit card.

plaza premium lounge klia

klia
Premium Lounge Langkawi
plaza premium lounge klia

plaza premium lounge lcct


Premium Lounge LCCT

citibank lounge jakarta


Semasa saya dan  keluarga ke Langkawi, kami singgah di Premium Lounge Langkawi.  Layanan dari staff bertugas sungguh memuaskan , mungkin sebab tak ramai orang .... .  Makanan paling banyak pilihan di lounge ini sudah tentulah di KLIA.  Saya visit Premium Lounge di Hong Kong, nampak macam menarik dan besar (belum rasa nak sampai ke HK lagi).  

Saturday, March 23, 2013

Sir Elton John bersama suami dan anak lelaki

Sir Elton dan Zachary
sicomel Zachary


Sir Elton John dan David Furnish



Sir Elton Jon dan suami David Furnish telah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Zachary, berumur 2 tahun.   Kehidupan Sir Elton dan suami berubah dan semakin ceria dengan kehadiran si kecil Zachary. Sedikit menyesal kerana tidah memulakan hidup bersama si kecil lebih awal.  Kini seluruh hidup dan kegembiraanya adalah untuk Zachary dan keluarga .  Zacahary  telah menunjukkan minat bermain piano seawal usianya.  Pasangan Sir Elton dan david tidak menolak kemungkinan akan menambah bilangan ahli keluarga secepat mungkin  kerana mereka tidak mahu Zachary seorangan sahaja.


Thursday, March 21, 2013

sipadan island ..... antara yang terindah

Pulau Sipadan 












turtle island park



tunku abdul rahman park

                                                                          


pulau tiga




mabul island



















                                                                            





                                                               







Puji memuji ... pesan Rasullullah



Rasulullah berpesan hati-hati beri, terima pujian.   Suka dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)
Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.

Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)

Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya. Mereka juga berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 111)

Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.” (Hadis riwayat Muslim)

Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)

Sumber: wanita JIM 

Friday, January 11, 2013

Imam Masjidil Haram




 Biodata ringkas tentang imam-imam

1. Syaikh DR. Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim

Lahir pada tahun 1386 H, di Saqra’ Riyadh.
Beliau kuliah pada fakultas Ushuluddin di Jami’ah al-Imam Muhammad bin Su’ud al-Islamiyah. Lulus pada tahun 1409 H, kemudian melanjutkan jenjang pendidikannya di Ma’had ‘Ali untuk para hakim, hingga beliau mendapatkan gelar Magister pada tahun 1413 H.
Pekerjaan beliau, mantan hakim, pengajar di Masjidil Haram, Dekan fakultas Syari’ah di Jami’ah Ummul Qura’ Makkah.
Tahun penentuan beliau sebagai Imam di Masjidil Haram adalah tahun 1414 H.
Beliau memiliki sejumlah besar onta, yang beliau habiskan sebagian waktu dengannya.
Beliau memberikan perhatian besar dalam mensyarah kitab Tauhid di Masjidil Haram.
Beliau terkenal dengan syair dan kalimat-kalimat yang lembut yang menyentuh.
Diantara karya tulis beliau adalah al-Syamil fil Khathib wal-Khuthbah, sudah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia dan diedit oleh Ustadz Agus Hasan Bashori (pimred Qiblati) dengan judul Ensiklopedi Khuthbah atau panduan khathib, atas izin beliau oleh penerbit Darus sunnah Jakarta.

2. Syaikh DR. Shalih bin Abdillah Alu Humaid

Lahir pada tahun 1369 H di Buraidah.
Beliau mengambil gelar doktor pada bidang Fiqih dan Ushulnya pada tahun 1402 H.
Profesi beliau adalah Ketua Majelis Syura, dan anggota Haiah Kibarul Ulama.
Beliau ditetapkan sebagai Imam Masjidil Haram pada 1 Muharram 1404 H.
Beliau mengimami sekali dalam sebulan, yaitu untuk shalat Subuh. Sedangkan sebagian besar waktunya beliau habiskan di Riyadh untuk urusan tanggung jawab terhadap Majelis Syura. Beliau datang sekali sebulan untuk khutbah Jum’at.
Beliau memberikan perhatian besar terhadap tafsir al-Qur’an al-Karim.

3. Syaikh DR. Shalih bin Muhammad Alu Thalib

Beliau lahir pada tahun 1393 H di Riyadh.
Beliau ditetapkan sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1423 H.
Beliau bekerja sebagai Qadhi di Pengadilan Tinggi Makkah. Beliau sangat cakap dalam pekerjaan beliau sebagai hakim dan teguh saat memberikan keputusan.

4. Syaikh DR. Usamah bin ‘Abdillah Khayyath
Beliau lahir pada tahun 1375 H di Makkah al-Mukarramah.
Syaikh Usamah mendapatkan ijazah sanad dalam meriwayatkan kutubus sunnah dan seluruh kitab induk hadits lainnya.
Beliau belajar di Makkah dan lulus dari Fakultas Kitab dan Sunnah pada tahun 1396 dengan predikat cumlaude dan menduduki peringkat pertama.
Profesi beliau adalah pengajar di Masjidil Haram, mantan Anggota Majelis Syura, Dosen di Fakultas Syari’ah Jami’ah Ummul Qura’.
Beliau ditetapkan sebagai imam Masjidil Haram pada tahun 1418 H.
Beliau dikenal dengan gaya bahasa penyampaian yang kuat, yang mampu menggetarkan hati. Beliau adalah satu-satunya imam masjid yang ayahandanya adalah seorang imam dan khatib masjidil Haram. Dan ayahanda beliau tergolong Imam Masjidil Haram yang paling terkenal di akhir-akhir ini.

5. Syaikh DR, Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais

Syekh Sudais lahir pada tahun 1382 di Riyadh. Dia menjadi Hafidzul Qur’an pada usia 12 tahun, di masjid kota Riyadh yang dikepalai oleh Syaikh Abdul Rahman al-Faryan. Beliau juga diambil oleh Syaikh Muhammed Ali Hussan and Syaikh Muhammed Abdul Majid Zakir untuk menerima berbagai beasiswa.
Syaikh Abdul Rahman tumbuh di Riyadh beliau mencapai pendidikan dasar ‘Mathna bin Hartha’ semacam akademi ilmu pengetahuan. Di sana beliau belajar di bawah berbagai macam beasiswa termasuk dari Syaikh Abdullah Munaif and Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al Tuwayjiri. Dr. Abdul Rahman lulus dari akademi ini dengan predikat “Excellent” tahun 1399H dan melanjutkan ke Fakultas Syari’ah. Setelah itu beliau menjadi Imam dan Khotib di Masjid Syaikh al-Allam Abdul Razzaq Afifi. Beliau juga mulai mengajar di Akademi Imam al-Dawa Al-Almy.
Pada tahun 1404 beliau ditunjuk sebagai Imam dan Khotib Masjid al-Haram, Makkah. Di sana pertama kalinya beliau menjadi imam pada sholat Ashr tanggal 22 Sya’ban 1404H (22 Agustus 1404H). Khutbah pertama pada hari kelima belas bulan Ramadhan 1404H (15 September 1404H). Dalam tahun yang sama, Dr. Abdul Rahman mendapat gelar Master Degree, dengan predikat “Excellent” dari Universitas Syari’ah Imam Muhammad bin Saud. Beliau dilimpahi wewenang untuk menjadi guru asisten di Universitas terkemuka Ummul Qura’, Makkah, di mana beliau mendapatkan gelar Doktornya, dan lagi-lagi lulus dengan predikat “Excellent” pada tahun 1416H. Beliau ditunjuk menjadi Dosen Fakultas Syari’ah di Universitas Ummul Qura’.
Dan beliau ditetapkan sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1404 H saat umur beliau 22 tahun.

6. Syaikh Mahir bin Hamd al-Mu’aiqili

Beliau dilahirkan al-Madinah al-Munawwaroh. Beliau habiskan usianya di Madinah, kemudian beberapa tahun yang lalu pindah ke Makkah al-Mukarramah sebagai pengajar di Sekolah Menengah.
Beliau diangkat sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1428 H, yang sebelumnya beliau adalah Imam Masjid Nabawi pada tahun 1427 H.

7. Syaikh Muhammad bin ‘Abdillah as-Subayyil

Beliau lahir pada tahun 1345 H, di Qashim.
Beliau adalah anggota Kibarul Ulama, dan anggota al-Majma’ al-Fiqhi.
Beliau adalah mantan Ketua Umum Urusan Masjidil Haram Makkah dan Madinah juga anggota Haiah Kibarul Ulama.
Beliau diangkat sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1385 H.
Mulai tahun ini, beliau tidak mungkin mengimami di Masjidil Haram karena usia beliau yang sudah lanjut, juga karena kondisi kesehatan beliau. Mudah-mudahan Allah I menyembuhkan beliau. Sudah bertahun-tahun beliau mengimami shalat ‘Isya’. Beliau tergolong Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang paling lama.

8. Syaikh ‘Abdullah bin ‘Awad al-Juhani

Beliau lahir pada 1396 H di Madinah.
Beliau belajar di Fakultas al-Qur’anul Karim di Jami’ah Islamiyah.
Beliau termasuk yang dimuliakan oleh Allah I sebagai imam dari keempat masjid yang memiliki kedudukan terbesar di hati kaum Muslimin, yaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Quba’ dan Masjid Qiblatain.
Beliau sekarang adalah Mahasiswa S2 di Ummul Qura’. Pada usia 16 tahun beliau telah mengikuti lomba hafal Qur’an di Makkah dan memperoleh peringkat pertama.
Dalam hal membaca al-Qur’an beliau telah diijazahi oleh para ulama Qiraah yang bertaraf Internasional yang terkenal di antaranya adalah: Syaikh az-Ziyat j , Syaikh Ibrahim al-Akhdhor Ulama ahli Qur’an di Masjidil Haram, dan DR. ‘Ali al-Khudzaifi, Imam Masjid Nabawi di Madinah.

9. Syaikh DR. Khalid al-Ghamidi

Lahir pada tahun 1388 H di Makkah.
Ditetapkan sebagai Imam Masjidil Haram pada bulan Dzul Hijjah tahun 1428 H, hanya saja beliau tidak mulai mengimami kecuali pada bulan Muharram tahun ini (1429 H).
Beliau meraih gelar Magister dan doktoral dalam b
dang tafsir di Jami’ah Ummul Qura’.

10. Syaikh DR. Faishal Ghazawi

Lahir pada tahun 1388 H di Makkah al-Mukarromah.
Ditetapkan sebagai Imam Masjidil Haram pada bulan Dzul Qa’dah 1428 H. Hanya saja beliau tidak mulai mengimami shalat kecuali bulan Muharram tahun ini.
Beliau meraih gelar Magister dan doktoral di Jami’ah Ummul Qura’.
Saat ini beliau bekerja di Fakultas Qiraah di Universitas yang sama.
Dengan demikian, jumlah imam masjidil Haram adalah sepuluh orang. Masing-masing imam memiliki imam cadangan yang siap mengganti saat imam tersebut berhalangan hadir.
Masing-masing Imam mendapatkan santunan bulanan sekitar 10 ribu riyal, dan ini bukanlah termasuk gaji pokok, namun ini hanyalah gaji tambahan, karena masing-masing imam memiliki pekerjaan tetap di berbagai Universitas dengan gaji yang lebih besar dari gaji sebagai Imam.
Inilah sekelumit biografi singkat tentang orang-orang yang mencurahkan jiwa dan kesungguhan mereka demi melayani agama ini. Mudah-mudahan Allah I membalas mereka dengan sebaik-baik balasan, dan mudah-mudahan Allah I menjadikan kita dan mereka termasuk orang-orang yang beruntung dengan keridhaan-Nya. (AR) [*]




Sumber: Majalah Qiblati Edisi 7-9 tahun III

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...