Tuesday, April 16, 2013

Kari Ayam (ringkas je)


Bahan bahan

6 potong ayam
2 bawang merah (sederhana)
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia (hiris)
1 batang kulit kayu manis
1/2 paket kari (lbh krg 25 g)
1 camb cili boh
2 biji kentang (potong
2 tangkai daun kari
1 camt garam
1 camt gula
1 asam keping
100 ml santan (=1/2 kotak kecil)
2 1/2 gelas air
2 camb minyak


Cara

  • Panaskan minyak
  • tumiskan kayu manis, bawang putih, bawang merah , halia hingga garing
  • masukkan cili boh, goreng lagi hingga garing sedikit
  • masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dgn sedikit air
  • goreng lagi hingga garing
  • masukkan daun kari
  • masukkna kentang , kacau
  • masukkan santan dan air
  • masukkan ayam
  • kacau sambil tu hingga mendidih
  • masukkan garam dan gula
  • apabila kentang hampir lembut masukkan asam keping
  • masak lagi hingga kelihatan pekat 

~ok dah siap ~

1 comment:

  1. ringkas dan sedap kari ayam ni...kadang-kadang google juga nak cari idea masakan tq matahari maz..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...