Friday, May 04, 2012

Qi dan Yuna akan bertunang



Kisah cinta antara penyanyi Yuna dan bekas pengacara "Jalan-Jalan Cari Makan", Qi sememangnya sudah diketahui ramai, dan kini mereka mahu membawa hubungan mereka setapak kehadapan iaitu dengan mengikat tali pertunangan.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali memberitahu bahawa dia merasakan kini sudah sampai masanya untuknya dan Yuna bertunang selepas dua tahun bercinta, dan secara tidak langsungnya ia boleh mengelakkan khabar-khabar angin yang kurang enak didengar.
"Niat untuk bertunang dengan Yuna memang sudah lama ada dalam hati saya, cuma buat masa ini keadaan kami yang sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan kami masih belum mempunyai masa yang sesuai untuk bercakap dengan lebih lanjut tentang ikatan pertunangan."
"Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini kami akan membincangkan tentang perkara itu dengan lebih lanjut lagi. Kami berharap semua pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami agar ikatan ini akan berakhir ke jinjang pelamin nanti," kata Qi kepada MyNewsHub.
Sebelum ini, hubungan antara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dan Qi mula menjadi bualan banyak pihak media selepas kelibat pasangan ini telah dilihat beberapa kali hadir bersama dalam majlis-majlis sama ada yang disertai Qi atau Yuna.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...