Tuesday, May 08, 2012

Ayam Masak Kicap Minyak Bijan



bahan-bahan 

400 ke 500 g ayam potong kecil (kalau isi tebal hiris nipis)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 cm halia (hiris nipis)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1 sudu besar  minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan
2 gelas air
1 biji cili merah
1 asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit

cara

  • panaskan minyak masak
  • masukkan bawang besar, bawang putih dan halia , goreng hingga naik bau
  • masukkan ayam , serbuk kunyit dan garam
  • goreng sambil kacau lebihkurang 3-5 minit (jangan garing)
  • masukkan air , biar lebihkurang 10 minit
  • masukkan kicap pekat, sos tiram , gula dan cili merah
  • masukkan asam keping
  • masak lagi 5 minit atau hingga pekat sedikit
  • sebelum padamkan api,  masukkan minyak bijan dan kacau
  • ~ dah siap ~


+++ cubalah ....  sedapppp +++










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...