Friday, May 04, 2012

Malaysia lancar Lamborghini pasaran tempatan





Malaysia kini mempunyai kereta Lamborghini sendiri dengan pelancaran "supercar" yang dibuat khusus untuk pasaran tempatan.

Kereta mewah, Lamborghini Gallardo MLE (Malaysia Limited Edition), membuat kemunculan sulungnya dalam satu majlis yang gemilang di sini, Khamis.

V10 berkuasa Gallardo MLE adalah hasil kerjasama antara Lamborghini Kuala Lumpur dan syarikat itu di Itali, Automobili Lamborghini SpA setelah beberapa tahun lamanya.

Ketua Pegawai Operasi Lamborghini Kuala Lumpur Marcus Chye berkata ramai pelanggan tempatan mahu kereta mereka mempunyai kemasan dalaman model standard Gallardo tetapi dengan luaran Superleggera 570-4.

"Jadi, kita telah memberikan mereka yang terbaik daripada kedua-duanya. Kereta itu kelihatan 'garang' di luar tetapi selesa dan luas di bahagian dalam untuk pemanduan setiap hari di Malaysia," katanya.

Pengerusi Lamborghini Kuala Lumpur Chut Nyak Isham Nyak Ariff berkata model yang hanya terdapat di pasaran Malaysia ini akan mempunyai 20 unit yang dibina khas.

MLE Gallardo, model yang paling laris, mempunyai bumper hadapan yang agresif dan 'sporty', bahagian sisi karbon dan ekzos tips titanium.

Enjin V10 5.2 liter boleh mencapai sehingga 550hp maksimum dengan kelajuan tertinggi 320kph. Ia boleh memecut dari keadaan pegun sehingga 100kph dalam 3.9 saat.

Harga di atas jalan ialah RM1.68 juta tanpa insurans.

Semua kereta diberikan jaminan kilang untuk tiga tahun.

Model baru boleh didapati dalam tiga warna - Bianco Monocerus (solid putih), Verde Ithaca (mutiara hijau) dan Arancio name (mutiara oren) - dijangka paling dikehendaki peminat dan pengumpul kereta sport.

Kereta itu telah dibawa masuk oleh Eminent Century Sdn Bhd dan JH Italia Sdn Bhd. Eminent Century adalah pengimport rasmi Malaysia untuk kereta Lamborghini manakala JH Italia adalah pengedar tunggal di negara ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...