Wednesday, April 25, 2012

Kopi .... ada juga kebaikannya !!!













Nescafe ...

Saya dah bertahun-tahun minum nescafe.  Pada awalnya bila mula keje di bank, slalu balik lewat, penat, cari benda untuk segarkan semula otak.  Mula-mula tengok kawan-kawan minum teh ais, ketagih teh ais, lama-lama cuba rasa nescafe ais. Pastu dah ketagih tak boleh berhenti sampai la ni.  Hari-hari bfast, lunch mesti ada nescafe ais atau nescafe, gilak.  Sampai sekarang ni , tak abis abis dengan nescafe walau di mana anda berada ....  nak jugak nescafe tu !!!.  Kalau takde , cari la yang setaraf cam mocha, cappuccino, espresso, teh tarik pun bole la , asal ada.

Kawan kawan kata nanti cepat tua kalau minum nescafe atau teh ...... entahlah  ..... apa yang saya nampak, ada seseorang yang saya dah kenal lama, dia minum teh tarik atau teh ais hari hari without fail hahaha , katanya dah 30 tahun, ok jer, malah cantik cam dulu dulu jugak .... awet muda lagi.

Antara kebaikan kopi adalah less develop alzheimer, mengurangkan untuk mendapat parkinson, kurangkan potensi dapat gout dan kopi juga anti oxidant.  Di bawah ni ada artikel yang saya kira baik untuk penggemar kopi.



Kopi kurangkan murung
Oleh Mona Ahmad
bhnita@bharian.com.my
2011/09/29

Ada bukti saintifik kebaikannya terhadap kesihatan manusia 

KOPI sering kali dianggap sebagai minuman yang kurang sihat, selain kadar kafein yang tinggi ia juga memberikan pelbagai implikasi terhadap seseorang jika pengambilannya berlebihan.


Namun, ada kalanya kopi memberikan kebaikan terhadap kesihatan manusia. Dengan keharuman aroma terutama ketika dihidangkan panas memang memikat.
Penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, Alberto Ascherio, berkata wanita yang minum empat cawan kopi sehari kurang mengalami kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita yang jarang minum kopi. 

Kafein sering digunakan sebagai rangsangan untuk sistem saraf dan pengambilan kopi menyumbang kepada 80 peratus penggunaan kafein. 

“Wanita yang minum kopi menjana tenaga dan meningkatkan kesihatan. Kesan jangka pendek ini hasil daripada pengambilan kafein,” kata Ascherio menerusi hasil kajiannya yang disiarkan dalam Archives of Internal Medicine. 

Beliau menjelaskan acap kali orang melihat kesan kronik jangka panjang daripada tabiat minum kopi yang ada kafein. 
Dalam kajian pasukannya terhadap lebih 50,000 wanita yang mendaftar untuk pengajian jururawat kesihatan, mendapati wanita berkenaan dengan purata usia 63 tahun, tiada seorang pun mengalami tekanan apabila mendaftar untuk pengajian itu. 

Pasukan Ascherio menilai penggunaan kopi berdasarkan data pada wanita itu selama 14 tahun bermula sejak 1976. Mereka mengklasifikasikan wanita berkenaan mengikut banyak mana kopi yang diminum diikuti tambahan 10 tahun. 

“Kami mendapati wanita berkenaan yang minum empat atau lebih cawan kopi sehari berisiko rendah dalam mendapat kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah minum kopi,” kata Ascherio. 

Pasukan itu memfokuskan khusus kepada kopi tetapi mereka turut mendapat hasil kajian yang sama apabila melihat pengambilan kafein secara keseluruhan termasuk minuman ringan yang mempunyai kafein dan coklat. 

Mereka mendapati wanita yang berada di tangga kelima dengan pengambilan kafein mempunyai risiko rendah terhadap kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita di tangga kelima di bawah. 

Pasukan itu membina jurang selama dua tahun antaranya apabila mereka mengira pengambilan kafein dan penilaian mereka untuk kemurungan bagi memastikan mereka bukan saja mengambil wanita yang terlalu tertekan untuk menjadi peminum kopi yang biasa. 

Ascherio berkata, ada beberapa kajian yang melihat kesan jangka panjang pengambilan kopi. 

Satu kajian kecil di Finland menunjukkan lelaki yang minum lebih banyak kopi kurang cuba untuk membunuh diri. 

Pasukan Ascherio turut membuktikan minum kopi yang banyak mungkin boleh melindungi wanita dan lelaki daripada penyakit Parkinson. 

Beliau berkata, masih belum jelas bagaimana kopi menghalang daripada kemurungan tetapi sudah ada beberapa petunjuk. 

Kajian terhadap haiwan menunjukkan kafein memberi perlindungan terhadap neurotoksin tertentu dan penerima otak yang bertindak balas terhadap kafein bertumpu di sekumpul kelompok sel saraf dalam otak atau basal ganglia, kawasan yang penting untuk kemurungan dan penyakit Parkinson. 

Ascherio berkata, dos rendah rangsangan kronik penerima ini mungkin lebih berkesan. 

Beliau menekankan yang kajian tidak membuktikan yang kopi merendahkan risiko kemurungan, hanya ia mungkin mampu menghindari kemurungan dalam beberapa cara. 

Katanya, banyak lagi kajian yang diperlukan untuk menunjukkan sama ada kopi boleh digunakan untuk menghalang kemurungan. - Reuters


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...