Thursday, April 19, 2012

jenayah siber-rang undang2 !!!



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012.

Dua rang undang-undang yang diluluskan itu berperanan melengkapi Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang diwujud bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah bertujuan menangani kelompongan undang-undang dalam menghadapi jenayah siber yang semakin berleluasa dan mengadakan peruntukan pertambahan kuasa penyiasatan.    Katanya, bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang wujud akibat kelompongan undang-undang berkaitan aktiviti jenayah siber dan kesalahan jenayah yang dilakukan melalui internet, Kanun Tatacara Jenayah perlu dipinda bagi menangani isu pengumpulan data dan maklumat serta pembuktiannya di mahkamah.

“Rang undang-undang ini akan memasukkan peruntukan bagi memberi penguatkuasa kuasa untuk mengakses data dan komputer serta memintas komunikasi.

“Pada masa ini, kuasa polis atau pegawai penguat kuasa untuk mengakses data berkomputer ketika menjalankan siasatan hanya terdapat dalam undang-undang khusus seperti Akta Jenayah Komputer, Akta Komunikasi dan Multimedia dan akta khusus yang lain,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Ketika menggulung Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012, Mohamed Nazri berkata, penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.

Katanya, Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.

“Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran.                                      

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...