Wednesday, June 06, 2012

Ras Adiba Radzi kena saman



Seorang pengarah syarikat memfailkan saman berjumlah RM3.2 juta terhadap personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi, kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham.

Nik Fauzi Nik Hussein, Pengarah Inki Plas Holding Sdn Bhd, memfailkan writ saman tersebut pada 3 Mei lalu menerusi Tetuan KC Tang & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kes tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Haziq Pillay bagi pihak Ras Adiba dan Mohammad Shafie Afendi, mewakili Nik Fauzi.
Haziq memberitahu pemberita bahawa Norhanum menetapkan 27 Jun untuk pengurusan kes.

Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi mendakwa beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham tersebut kepada Ras Adiba.

Nik Fauzi berkata, pada 24 Julai 2006, beliau dan Ras Adiba memeterai perjanjian penjualan saham dan ia disetemkan pada 2 Ogos 2006.

Dakwanya, Ras Adiba mempunyai kuasa dan kawalan terhadap pengstrukturan syarikat dan ia menjadi tujuan Ras Adiba membeli saham tersebut.
Nik Fauzi berkata, Ras Adiba bagaimanapun mengabaikan dan gagal membantu mengukuhkan syarikat hingga menyebabkan ia berdepan dengan masalah kewangan.

Dakwanya lagi, Ras Adiba sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta tetapi gagal berbuat demikian dan memungkiri perjanjian.

Selain ganti rugi berjumlah RM3,288,172 beliau turut menuntut deklarasi bahawa defendan memungkiri Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 24 Julai 2006, faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...