Nurul, 35, penyanyi hitam manis yang popular dengan lagu Keliru berduet dengan Ajai, kini telah menamatkan zaman 'solo' dengan mengahwini jejaka Perancis Eric Daniel Depp, 47 pada 6/6/12. Mereka telah selamat diijabkabulkan di Dutches Place, Jalan Ampang dengan mas kawin RM80 dan hantaran Eur5,000.00. Pihak pengantin perempuan menerima 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang.
Nurul mengenakan baju rekaan Rizman Ruzaini, manakala Eric Depp memakai baju rekaan Bon Zainal. Majlis dimeriahkan dengan 200 tetamu , sederhana tetapi meriah juga dihadiri oleh keluarga Nurul dari Pulau Pinang dan ibu bapa Eric dari Perancis. "Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan akhirnya saya dan Eric Depp telah disatukan seperti yang kami impi-impikan selama ini. "Diharap perkahwinan ini akan menjadi kenangan yang cukup manis, terakhir dan akan kekal untuk selama-lamanya. IsyaAllah," kata Nurul.
Tambah Nurul lagi mereka akan berbulan madu di Bali, dan destinasi lain minggu depan. Di Bali juga akan diadakan majlis resepsi bagi keluarga pihak lelaki.
SELAMAT BERBAHAGIA NURUL DAN SUAMI ....
sumber : murai.com.my
No comments:
Post a Comment