Premium Lounge KLIA |
Banyak bank yang menawarkan 'complimentary access' ke lounge di airport khasnya di semua cawangan plaza premium lounge bagi pemegang credit card mereka. Plaza Premium Lounge di Malaysia terdapat di KLIA, LCCT, Langkawi dan Senai, juga terdapat lebih dari 20 cawangan di seluruh dunia.
Selain dari pemegang credit card, anda juga boleh memohon Priority Pass Card. Kad ini menawarkan hampir semua airport lounge di dunia. Saya memilih Citibank platinum credit card kerana sudah cukup baik bagi saya kerana ada airport yang Citibank ada lounge sendiri seperti di Soekarno Hatta Jakarta. Alliance Platinum credit card juga ok kerana tiada had limit access (KLIA), airport lain kena check dulu kerana limit untuk masuk selalu berubah.
Kebanyakan airport lounge menawarkan secara percuma khidmat berikut :
makanan
minuman sejuk dan panas
tempat mandi
wifi
kerusi urut
ruang solat
Jadi ada juga kebaikan menggunakan credit card.
plaza premium lounge klia |
klia |
Premium Lounge Langkawi |
plaza premium lounge klia |
plaza premium lounge lcct |
Premium Lounge LCCT |
citibank lounge jakarta |
Semasa saya dan keluarga ke Langkawi, kami singgah di Premium Lounge Langkawi. Layanan dari staff bertugas sungguh memuaskan , mungkin sebab tak ramai orang .... . Makanan paling banyak pilihan di lounge ini sudah tentulah di KLIA. Saya visit Premium Lounge di Hong Kong, nampak macam menarik dan besar (belum rasa nak sampai ke HK lagi).
No comments:
Post a Comment