Thursday, May 31, 2012

sakit kepala



Secara amnya, terdapat dua jenis sakit kepala yang sering dialami oleh kebanyakan orang iaitu sakit kepala disebabkan oleh ‘tension’ (ketegangan) dan sakit kepala migrain. Sakit kepala disebabkan tension adalah sakit di bahagian kepala secara menyeluruh manakala sakit kepala migrain biasanya sakit di sebelah kepala disertai dengan rasa mual, sensitif kepada cahaya dan bunyi bising. Kedua-dua sakit kepala ini boleh dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit yang tentunya mengandungi bahan kimia.

Bagi mengelakkan terlalu banyak makan ubat penahan sakit kepala ini yang boleh mendatangkan kesan sampingan dalam jangkamasa panjang, lebih baik kita gunakan cara penyembuhan sakit kepala secara semulajadi di rumah.  Di antara cara mencegah atau mengurangkan sakit kepala yang dianggap berkesan ialah:
  1. Elakkan pengambilan bahan perisa MSG (monosodium glutamate) dalam makanan kerana ia boleh menjadi pencetus atau penggalak sakit kepala dengan mengembangkan saluran darah ke kepala.
  2. Jangan makan makanan yang mengandungi bahan amine dan nitrat, seperti coklat, keju lam, hati, produk daging diproses (hot dog, burger, dsb).
  3. Makan suplemen minyak ikan atau omega-3 – dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan sakit kepala.
  4. Mandi dengan air suam – dapat membantu membetulkan aliran darah.  Mulakan jirus air dari kaki dahulu.
  5. Makan halia – membantu aliran darah yang baik.
  6. Perlakuan menggigit pensil (bukan terlalu kuat tetapi sekadar dapat merehatkan otot rahang) dapat mengurangkan sakit kepala.
  7. Tegakkan badan semasa berdiri.
  8. Kurangkan pengambilan kafein.
  9. Pengambilan magnesium (200-400 mg) bagi mengurangkan ketegangan (tension) otot yang boleh menyebabkan lagi sakit kepala.
  10. Sakit kepala juga boleh dikurangkan dengan berfikiran positif, jangan fikirkan masalah tapi fikirkan punca dan cara menyelesaikan masalah. 

sumber: health.yahoo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...