Friday, June 29, 2012
Tahniah Irma Hasmie
Pelakon, pengacara cantik , Irma Hasmie telah sah menjadi isteri Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan pada kira kira pukul 4 pm tadi dengan sekali lafaz sahaja di dewan persidangan kompleks perbadanan putrajaya. Mereka masing masing memakai baju berwarna putih. Wang hantaran dirahsiakan. Manakala mas kahwin pula sebanyak tiga dinar emas. Irma menerima hantaran 11 dulang berbalas 1 dari pihak pengantin lelaki. Selamat berbahagia Irma dan suami sehingga ke syurga.
sumber: Mstar Online.
Thursday, June 28, 2012
potong bibir isteri
![]() |
gambar hiasan |
Seorang profesor Sweden yang cukup dihormati memotong dan memakan bibir istrinya setelah memintanya untuk menceraikannya.
Ia ditangkap oleh polis, sesaat setelah memotong bibir isterinya tersebut di rumah mereka yang berada di Stocholm, Sweden. "Saya tidak ingin membunuhnya. Saya hanya ingin dia menderita selama sisa hidupnya untuk apa yang telah ia lakukan," ujarnya seperti dikutip dari Dailymail pada (27/6/2012).
Jaksa Penuntut Umum (JPU), yang menangani kenya mengatakan, Profesor itu merupakan seorang warga keturunan Iran, yang sudah lama tinggal di Sweden.
Profesor yang namanya dirahsiakan tersebut, lanjut JPU, menjadi sangat marah, ketika isterinya berulangkali memintanya untuk menceraikannya. Ia menduga isterinya tersebut telah memiliki lelaki lain. Pada satu kesempatan ia sangat marah, lalu menghampiri isterinya untuk menghukumnya. "Pertama, saya mengambil pisau, tapi tidak cukup tajam. Lalu saya mengeluarkan pisau bedah yang biasa digunakan dalam operasi," katanya.
"Saya mencubit bibirnya dan memotong sebahagiannya lalu memakannya," katanya. Dengan memotong bibir isterinya, ia berharap, istrinya tersebut tidak akan bisa mencium seseorang lagi, namun ia khuatir doktor mungkin dapat memasangnya kembali, oleh kerana itu dia memakannya.
"Saya mendapat idea spontan. Saya fikir, saya akan membuangnya," tuturnya. Sebelumnya, dia akan dituduh cubaan bunuh kerana kebrutalan serangan itu. Namun pengadilan menurunkannya hingga sangkaan penyerangan. Perbicaraan akan dimulai pada 3 Julai 2012 nanti.
sumber: tribunews
cium tangan dan peluk sebelum lafaz cerai... .
KUALA LUMPUR – Skandal dan kontroversi tidak lekang dalam hidup penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan semalam, dia sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas jaguh badminton negara, Mohd. Jalani Mohd. Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.
Air mata Raja Azmi, 53, mengiringi lafaz talak yang dibuat oleh Jalani, 49, pada pukul 3.30 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selain turut disaksikan anak kedua pasangan itu, Puteri Suaida, 23, yang berada di galeri awam.
Terdahulu, Raja Azmi sambil mengesat air mata mencium tangan suaminya untuk memohon maaf dan mereka berpelukan atas permintaan hakim yang mahukan mereka berbuat demikian sebelum lafaz dibuat.
Shaiful Azli yang menerima dan mengesahkan lafaz tersebut kemudian turut memerintahkan Raja Azmi beredah selama tempoh tiga bulan serta mendaftarkan perceraian itu di pejabat agama.
Perceraian itu atas permintaan Raja Azmi sendiri selaku plaintif yang difailkan kelmarin menerusi peguam syarie, Roslizam Rahim mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1993.
Pada prosiding semalam, Jalani yang kelihatan tenang bersetuju dengan permohonan cerai oleh Raja Azmi tanpa sebarang tuntutan dan syarat.
Wednesday, June 27, 2012
wang kertas baru
KUALA LUMPUR 26 Jun - Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, wang kertas siri baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.
Berikutan itu, BNM telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan bagi membolehkan pengenalan wang kertas siri baru Malaysia ini berjalan dengan lancar.
Mereka yang terlibat ialah institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket.
BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.
Raja azmi fail cerai
KUALA LUMPUR: “Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh,” kata produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini.
Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam. Perceraian Jailani dan Raja Azmi dijangka difailkan hari ini.
Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.
sumber - HM
Tuesday, June 26, 2012
masih hidup walau kepala tertembus tombak
Pasukan doktor di Rumah Sakit Jackson Memorial Miami berhasil menyelamatkan nyawa seorang remaja. Remaja 16 tahun ini mengalami kecelakaan maut yang menyebabkan kepalanya tertembus tombak sepanjang satu meter.
Kecelakaan ini terjadi saat Yasser Lopez dan teman-temannya memancing ikan dengan menggunakan tombak kecil. Tanpa sengaja , ketika sedang asyik mencari ikan seorang temannya menembakkan pistol tombak ke arah Lopez, lantas mengenai dan menembus kepalanya.
Dia segera dikejarkan ke hospital dan dirawat di pusat trauma Hospital Miami. Semasa ke hospital pada 7 Jun lalu, tombak sepanjang satu meter dapat dilihat tembus dari dahinya.
Doktor mengatakan, tombak menembus kepala Lopez lima sentimeter di atas mata kanan dan keluar di bahagian belakang tengkoraknya. Tombak yang menembus harus lebih dulu dipotong. Sementara sisa tombak dikeluarkan kemudian dalam sebuah prosedur pembedahan selama tiga jam.
Seperti dilaporkan oleh Courier Mail, doktor mengatakan, Lopez beruntung, sebab tombak tidak mengenai pembuluh darah utama di otaknya. Namun, akibat trauma pada otak, Lopez tak mampu mengingat kejadian tersebut.
sumber: vivanews
Monday, June 25, 2012
menyamar sebagai tentera bawa senjata tiruan ke kem
ALOR GAJAH: Tindakan dua lelaki menyamar pegawai kanan tentera dan membawa puluhan senjata tiruan dalam kereta dinaiki mereka ketika memasuki Kem Terendak di sini, kelmarin, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama motif mereka berbuat demikian.
Tambahan pula, kedua-dua mereka yang memakai seragam pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat kapten dan seorang lagi berpakaian separa celoreng turut memiliki pas keselamatan yang dikeluarkan Kementerian Luar serta Jabatan Perdana Menteri.
Pegawai Risik 10 Briged Para Kem Terendak, Mejar Abd Razak Sipit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, senjata tiruan ditemui pada kedua-dua suspek dikategorikan gred A berdasarkan bentuknya 100 peratus mengikut saiz serta berat senjata asal dan bernilai kira-kira RM20,000.
“Senjata tiruan gred A yang dirampas itu termasuk pistol, pelancar mortar, raifal dan bom asap, selain alat kelengkapan komunikasi tentera,” katanya di sini, kelmarin.
sumber - Harian Metro
Friday, June 22, 2012
saintis peluk islam setelah kaji firaun
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
sumber - malaysiasensasi.net
Wednesday, June 20, 2012
Isa Samad dibeku sementara
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.
Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.
Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.
"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.
Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman.
Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam.
"Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya.
Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.
Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.
Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.
Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.
Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
sumber - malaysiakini
Tuesday, June 19, 2012
inikah kekasih shahrizal jaszle
Si cantik manis inikah kekasih hati Shahrizal Jaszle, kalau ya bertuah Shah, cantik dan bijak orangnya. Dari instagram Shah , nama gadis ini adalah Redzwani Puteri , bukan selebriti seperti kekasih Shah sebelum ini. Menurut nota di instagram Shah, kononnya akan merisik Redzwani pada 15 Julai ini. Kalau betul, tahinah Shah.
sumber - murai
Aireen Omar, ceo Air Asia Malaysia baru
SEPANG: Airasia Berhad mengumumkan Aireen Omar sebagai ketua pegawai eksekutif Airasia Malaysia berkuat kuasa 1 Julai ini.
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Serantau, Kewangan Korporat, Perbendaharaan dan Perhubungan Pelabur AirAsia Berhad.
CEO Air Asia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Aireen telah 6 tahun bersama Air Asia. Sementara Tan Sri Tony pula akan berpindah ke Indonesia dan mengetuai Air Asia Group.
sumber - Reuters
Saturday, June 16, 2012
dua jurutol PLUS ditembak dalam samun
SEREMBAN – Dua jurutol Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) nyaris maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian samun berhampiran Plaza Tol Seremban, susur keluar ke arah utara, di sini, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 malam itu, mangsa, Nurijah Rosli, 24, yang mengandung dua bulan dan rakan sekerjanya, Mohd Haffiz Zamri, 26, parah selepas ditembak dengan senapang jenis pump gun dari arah dekat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara, menuju ke pejabat syarikat terbabit di Plaza Tol Seremban, susur keluar ke arah utara.
“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa mahu menghantar wang kutipan pada hari tersebut berjumlah hampir RM2,000 ke pejabat syarikat, kira-kira 200 meter dari plaza tol.
“Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, sebuah kereta jenis Proton Wira tiba-tiba memintas motosikal mereka, sebelum salah seorang suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa," katanya.
Menurutnya, insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh dan suspek sempat merampas beg kecil berisi wang dipegang salah seorang mangsa.
"Penjenayah dilihat melarikan diri ke arah Sendayan," katanya.
Saiful Azly berkata, ketika kejadian seorang pengawal keselamatan turut ditugaskan mengiringi kedua-dua jurutol berkenaan dari arah belakang.
“Tetapi ketika kejadian, pengawal keselamatan terbabit difahamkan berada pada jarak agak jauh daripada mangsa, malah dia juga tidak membawa sebarang senjata.
“Buat masa ini, kita sedang mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960 (Penalti lebih berat),” katanya.
Menurutnya, tembakan dari jarak dekat itu menyebabkan Nurijah cedera di bahagian belakang dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, manakala Mohd Haffiz parah di kaki dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Sementara itu suami Nurijah, Faizul Abd Latif, 31, berkata, dia bagaikan hilang nyawa sebaik sahaja menerima panggilan telefon memaklumkan isterinya ditembak.
“Ketika sedang menidurkan anak di rumah, tiba-tiba saya terima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali.
“Saya angkat sahaja walaupun tidak tahu siapa, tapi saya terkejut kerana saya dengar suara isteri saya menjerit kesakitan dan pemanggil terbabit memaklumkan isteri cedera ditembak,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun anaknya berusia lapan bulan sedikit meragam.
Manakala bapa Mohd Haffiz yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, anaknya itu sudah tiga tahun bekerja sebagai jurutol dan baru sahaja bertunang.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia selamat dalam kejadian ini walaupun cedera ditembak," katanya.
Thursday, June 14, 2012
Yuna sumbang suara untuk Savages
Oliver Stone merupakan pengarah yang sama untuk filem Wall Street (1987) dan sekuel Wall Street: Money Never Sleeps (2011) selain JFK, Born on the Fourth of July.
Khabarnya, lagu dendangan Yuna tersebut bakal menjadi lagu penutup kepada filem yang turut di’bintangi oleh John Travolta, Blake Lively, Benicio Del Toro, Salma Hayek & Uma Thurman.
Here Comes The Sun nyanyian Yuna bersama 17 buah runut bunyi akan di’lancarkan sebagai sebuah album pada 6 Julai 2012.
sumber : rotikaya
Wednesday, June 13, 2012
koleksi blouse online
CODE : PB 030
COLOR : BROWN
FREE SIZE (fits size : S, M, L)
RM 35.00
PB 032
COLOR : DARK BLUE
SIZE : FREE SIZE (fits size : S, M, L)
RM 35.00
CODE : PB 031
COLOR : CREAM
SIZE : FREE SIZE (fits size : S, M, L)
RM 35.00
CODE : KB 085
COLOR : DARK BROWN
SIZE : FREE SIZE
RM 80.00
CODE : KB 087
COLOR : PINK
SIZE : FREE SIZE
RM 80.00
CODE : LS 146
COLOR :BLUE
SIZE : FREE SIZE (fits size : S, M)
RM 40.00
CODE : LS 039
COLOR : MAROON
SIZE : FREE SIZE
RM 40.00
CODE : LS 041
COLOR : BROWN
SIZE : FREE SIZE
RM 40.00
CODE : RB 002
COLOR : Background - White, Ribbon & Stripe - Dark Blue
SIZE : FREE SIZE (Fits S, M)
(One Piece)
RM 45.00
CODE : SB 046
COLOR : BLACK STRIPE
SIZE : FREE SIZE (Fits S, M)
(One Piece)
RM 35.00
CODE : GB 045
COLOR : GREEN
SIZE : FREE SIZE (Fits S, M, L)
(One Piece)
RM 40.00
How To Order
For order, payment or inquries, please email us :
eidacollection@gmail.com
or
SMS >> 013-5218607
Delivery > Poslaju
cinque italy ... cantiknya tempat ni
Monday, June 11, 2012
Kanak-kanak berbulu
GUIZHOU (China): Keadaan dialami seorang kanak-kanak, Liu Jiangli menyebabkan dia terpaksa melalui enam tahun pertama kehidupannya dengan trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya. Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya.
Dia berkeadaan aneh ini sejak lahir. Disebabkan keadaannya yang aneh itu dan dialami oleh hanya seorang daripada satu bilion orang, dia ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya. Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkannya dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk menngambilnya.
Pusat bimbingan kanak-kanak itu membuat pengumuman di akhbar meminta saudara-mara kanak-kanak itu mengambilnya dan enam bulan kemudian, datuk kepada seorang daripada sepupunya tampil mendapatkannya.
Sejak itu, Liu Mingying menjaga Jiangli yang berasal dari bandar Guiyang, di wilayah Guizhou di barat daya China. Bagaimanapun, Mingying bimbang Liu akan sentiasa dicemuh akibat penampilannya itu. Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.
Buat masa ini, tiada penjelasan mengenai keadaan dialami Jiangli itu. Bagaimanapun, ia sama seperti sindrom dikenali sebagai Hypertrichosis Universalis yang menyebabkan pesakit dilitupi bulu di seluruh tubuh mereka dan hanya dihidapi oleh seorang dalam satu bilion orang. - DM
Sunday, June 10, 2012
bapa ahli sukan negara cuba bunuh diri
BUKIT MERTAJAM 10 Jun – Polis hari ini menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara salah satunya di atas Jambatan Pulau Pinang. Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd. Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini. “Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.
“Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
“Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya,” katanya.
Azman berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. “Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya,” katanya.
sumber - BERNAMA
Adda bercerai selepas 17 hari kahwin
Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Adda yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem ‘Mael Lambong’ mengesahkan perkara tersebut.
“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.
“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.
“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” jelasnya.
Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja. Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.
sumber :ohartis
Saturday, June 09, 2012
Yuna diundang meriahkan Independence Day di Kedutaan uS, KL
Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Paul Wayne Jones menerusi akaun Twitter miliknya @AmbassadorJones mengundang Yuna memeriahkan sambutan Independence Day di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 4 Julai ini.
Nampaknya pengaruh penyanyi bertudung yang melebarkan penguasaannya di negara Uncle Sam itu diakui ramai, apatah lagi difahamkan sekarang Yuna sedang dalam promosi bergerak album barunya. Cuma sayangnya penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu tidak dapat memenuhi permintaan berkenaan memandangkan promosi jelajahnya di Amerika Syarikat belum berakhir.
Promosi yang dinamakan 2012 Summer Tour With Graffiti6 yang bermula 29 Mei lalu di Indianapolis hanya akan tamat di Festival Muzik Lollapalooza pada 5 Ogos ini, manakala 7 Jun pula si gadis berbakat besar itu bakal menakluk kota New York.
sumber - BH
Pemain bass New Boyz berdepan hukuman mati
SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.
Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.
sumber -metro
Friday, June 08, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)