Tuesday, April 16, 2013

Kari Ayam (ringkas je)


Bahan bahan

6 potong ayam
2 bawang merah (sederhana)
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia (hiris)
1 batang kulit kayu manis
1/2 paket kari (lbh krg 25 g)
1 camb cili boh
2 biji kentang (potong
2 tangkai daun kari
1 camt garam
1 camt gula
1 asam keping
100 ml santan (=1/2 kotak kecil)
2 1/2 gelas air
2 camb minyak


Cara

  • Panaskan minyak
  • tumiskan kayu manis, bawang putih, bawang merah , halia hingga garing
  • masukkan cili boh, goreng lagi hingga garing sedikit
  • masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dgn sedikit air
  • goreng lagi hingga garing
  • masukkan daun kari
  • masukkna kentang , kacau
  • masukkan santan dan air
  • masukkan ayam
  • kacau sambil tu hingga mendidih
  • masukkan garam dan gula
  • apabila kentang hampir lembut masukkan asam keping
  • masak lagi hingga kelihatan pekat 

~ok dah siap ~

Saturday, April 06, 2013

Header Blog


Hari ini saya buat header baru, nampak macam kelakar sangat , macam budak tadika kan?.  Cubaan melukis yang pertama , biarlah tak comey macam kak tun pun .... .  Untuk gambar ni saya guna Photoscape dan paint.net je.  Di sekolah dulu pun saya selalu dapat markah teruk untuk Lukisan hehe, so masa SPM memang tak ambik subject ni pun.  Suka saya dapat melukis sendiri , walau tak cantik tapi rasa puas bila dah siap.  Sebenarnya dalam fikiran nak gambar yang cam lain, bila terlukis terhasil gambar yang lain pulak. ...  .




Yang di bawah ni pulak, saya extract gambar  






Tuesday, April 02, 2013

Mengapa mengambil remeh untuk membayar hutang?



Rasulullah saw bersabda “Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari”.

Apa yang menyebabkan orang berhutang ?, masalah kewangan , untuk bayar hutang dan menampung kelangsungan hidup.   Tetapi sebenarnya orang yang memberi hutang juga bermasalah juga.  Masalahnya , ialah bila menuntut hutang orang tak nak bayar.

Rasulullah sendiri pernah tidak menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang.  Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.  Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Pemberi hutang berhak menuntut hutang sebagaimana dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar.  Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih (menuntut hutang). Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda: ”Belilah, kemudian berikan kepadanya.  Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Muslim)

Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang.  Perkara ini dijelaskan menerusi hadith daripada Uqbah bin ‘Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.”

Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Oleh itu Rasulullah mengajarkan kita sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.”

Kisah diatas menunjukkan betapa Rasulullah mengambil berat tentang hutang. Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.  Maka dengan itu orang yang telah berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.

Bukan itu sahaja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, InshaAllah,  Allah akan memudahkan ia membayarnya.

Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan.  Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya.”

Orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikannya, di akhirat nanti akan dibayar dengan pahalanya…kalau orang berhutang itu tiada pahala…harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman…renungkanlah .”

Di bawah ini adalah salah satu doa berkenaan hutang.

“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku).  Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiyaa : 87).

Bacalah doa di atas, bayangkan wajah si berhutang itu, niat untuk mendapatkan balik hutang tersebut ,  Insha Allah akan dapat balik harta / duit kita kembali.   Ayat di atas digunakan oleh Nabi Yunus as ketika ditelan ikan nun.



sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...