Monday, April 30, 2012

Mania Minggu 7

Adira , Shahir 



Hazama , Azlan 

                                       

Aril, Zahid 











Saturday, April 28, 2012

Bersih vs Astro 130 channels, pilih mane?












 









KTM SUBANG JAYA 













Friday, April 27, 2012

Astro tayang 130 channels percuma 10 hari







Hujung minggu ni, tak bergerak ke mana-mana lah kita, duduk depan tv je.  Bagus juga astro bagi 10 hari percuma boleh tukar pakej yang mana ok nanti.

Anak saya yang boungsu, 3 tahun 4 bulan, dah tak dapat beza ringgit dengan yen.  Akibat banyak sangat tengok cerita kartun jepun, RM1 dikatakannya 100 yen, semua dikatakan yen tak tau ringgit....  . pengaruh tv

Thursday, April 26, 2012

Bipolar disorder








Menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang

PERNAHKAH anda tiba-tiba terlalu gembira dan tidak dapat mengawal keghairahan berbelanja sehingga melebihi kemampuan? Kegembiraan keterlaluan atau ‘mania’ yang tergolong dalam gangguan mental bipolar boleh mengundang pelbagai masalah kepada pesakit sehingga mengakibatkan sesetengahnya bertindak agresif tanpa disedari.
Gangguan dwikutub atau bipolar adalah sejenis gangguan otak yang menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang. Ia berbeza dengan rasa ‘tiada mood’ yang dialami kebanyakan orang kerana gangguan ini dianggap masalah serius dan boleh menjejaskan hubungan, prestasi kerja dan pelajaran.
Mania dan kemurungan menyebabkan seseorang pesakit hilang rasional berfikir. Ia biasanya berlaku pada penghujung umur remaja dan awal dewasa. Bagaimanapun, masalah mania ini juga boleh membabitkan orang lebih tua dan kanak-kanak.
Punca sebenar gangguan bipolar masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya gangguan bipolar disebabkan pelbagai faktor yang bertindak bersama mencetuskan masalah pada otak. Antara faktornya ialah keturunan. Individu yang adasejarah keluarga mengalami gangguan bipolar mempunyai risiko tinggi mendapat masalah ini.

Gangguan bipolar menyebabkan perubahan emosi berepisod, iaitu daripada terlalu gembira kepada sedih dan hilang semangat; kemudian gembira semula di antara emosi ‘normal’. Perubahan emosi ini selalunya diikuti perubahan tenaga dan kelakuan. Keadaan berubah-ubah antara terlalu gembira dan sedih dipanggil episod mania dan kemurungan.
Bagaimanapun, masalah ini sukar dikesan kerana pesakit biasanya tampak gembira dan progresif. Dua sifat positif ini secara tidak langsung melindungi masalah sebenar yang dihadapi pesakit, sedangkan mereka juga mengalami pelbagai gejala kemurungan yang berulang.
Pakar Psikiatri Forensik, Dr Badi’ah Yahya, berkata masalah ini yang semakin menular di kalangan masyarakat, terutama golongan dewasa, tidak boleh dipandang ringan bagi mengelak ia menjadi bertambah serius.
Katanya, walaupun gangguan ini sukar dikesan, pesakit perlu diberi rawatan dengan mendapatkan khidmat kaunseling pakar psikologi atau perubatan sesuai kerana jika dibiarkan, lama kelamaan ia menjejaskan kesihatan mental.
Malangnya, beliau berkata, kebanyakan pihak menganggap gangguan mania sebagai sesuatu yang positif kerana membuatkan mereka aktif dan gembira melayan perasaan sendiri. Yang membimbangkan, keadaan itu boleh membuatkan seseorang tidak dapat mengawal pemikiran, sekali gus mempengaruhi tingkah laku masing-masing sehingga menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Gangguan mania yang menjejaskan otak boleh mempengaruhi perasaan seseorang dan pada masa sama individu terbabit akan mempamerkan tindakan drastik. Ia berikutan keupayaan seseorang individu yang mengalami mania meningkat mendadak sehingga mengakibatkan mereka terlalu gembira dan ada di dunia sendiri.
“Selain terlalu gembira, individu yang mengalami gangguan bipolar boleh ‘diserang’ kemurungan. Mereka sering kelihatan sedih, mudah putus asa dan lebih suka menyendiri. Malah, mereka juga hilang minat untuk melakukan kegiatan digemari,” katanya.
Secara umumnya gejala gangguan bipolar dibahagikan kepada dua iaitu mania dan kemurungan.
Ada kalanya episod mania dan kemurungan yang serius turut mempunyai simptom psikosis seperti halusinasi (mendengar suara ghaib) atau delusi (mempercayai perkara yang tidak wujud). Keadaan ini timbul apabila pesakit dalam keadaan ekstrem. Oleh kerana pesakit turut menunjukkan gejala psikosis, mereka sering disalah anggap mengalami skizofrenia.
Seseorang pesakit boleh mengalami beberapa gejala pada satu masa. Mereka mungkin menghadapi masalah sukar tidur, selera makan berubah, resah, psikosis dan ada fikiran mahu membunuh diri. Mereka mungkin sangat sedih dan tidak berguna, tetapi pada masa sama pesakit berasakan sangat bertenaga.
Walaupun gangguan bipolar kerap berlaku pada peringkat awal dewasa, ia boleh melanda kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami gangguan bipolar menunjukkan perubahan emosi ketara antara riang dan murung dalam masa sehari. Mereka lebih mudah terganggu dan cenderung menunjukkan sikap pemarah daripada sikap riang.
Dr Badi’ah berkata, pesakit juga lebih cenderung untuk hilang minat terhadap apa jua aktiviti dilakukan. Sebaliknya mereka lebih gemar menyendiri dan kurang selesa dengan kehidupan dijalani.
Tumpuan pesakit juga merosot dan sukar membuat keputusan. Gejala seperti ini akhirnya menjejaskan kualiti hidup pesakit, manakala prestasi kerja atau pelajaran turut merosot.
Diagnosis gangguan bipolar dibuat berdasarkan gejala yang ditunjukkan, punca, bila berlaku dan sejarah keluarga. Dalam hal ini, keluarga perlu bersikap lebih prihatin dan jika ada anggota keluarga mula menunjukkan gejala itu, segera dapatkan rawatan.
Ini kerana jika kemurungan dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjadi serius sehingga menimbulkan keinginan membunuh diri. Jika ada ahli keluarga berkata dia mahu membunuh diri, jangan dipandang ringan kata-katanya kerana ia petanda penting kepada masalah dalaman yang melanda dalam diri pesakit.
Gejala mania dan kemurungan boleh berulang bila-bila masa. Di antara waktu serangan ini, kebanyakan pesakit bebas daripada gejala. Pesakit gangguan bipolar boleh menjalani kehidupan sihat dan produktif seperti orang lain dengan syarat mendapat rawatan sewajarnya. Tanpa rawatan, gangguan mental akan bertambah buruk dan episod mania-kemurungan lebih kerap berulang.
“Bagaimanapun, gangguan itu boleh dirawat dengan pelbagai cara jika pesakit, keluarga mahupun masyarakat di sekitar mereka bekerjasama. Yang penting, mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan selepas menjalani pemeriksaan doktor, kaunseling psikologi dan memberi peluang kepada diri untuk memperbaiki keadaan,” katanya.
Rawatan berterusan akan memberi kesan lebih baik kepada pesakit berbanding rawatan sekali sekala. Pun begitu, walaupun menjalani rawatan berterusan, pesakit masih boleh mengalami perubahan emosi dan jika ini berlaku, ahli keluarga perlu segera melaporkannya kepada doktor.
Pada masa sama, ahli keluarga perlu banyak bersabar dan memainkan fungsi penting untuk membantu pesakit. Mereka memerlukan sokongan berterusan dan penjaga yang sentiasa bersedia membawa pesakit mendapatkan rawatan. Antara cara yang boleh dilakukan ialah menyertai kumpulan sokongan bagi masalah berkenaan.

Gejala mania

> Tenaga meningkat dan boleh melakukan banyak aktiviti.
> Terlalu gembira atau sedih.
> Sangat mudah resah.
> Berfikir dan bercakap cepat, idea berubah-ubah.
> Sangat sukar menumpukan perhatian.
> Sukar tidur dan berasakan tidur sekejap mencukupi.
> Percaya kepada perkara tidak realistik seperti kebolehan seseorang.
> Lemah pertimbangan.
> Suka berbelanja besar.
> Perubahan kelakuan yang berpanjangan.
> Nafsu seks meningkat.
> Menyalahgunakan dadah, alkohol dan ubat tidur.
> Sentiasa menafikan dirinya bermasalah.

Gejala kemurungan

> Kesedihan, keresahan dan rasa kosong yang berpanjangan.
> Rasa tidak berguna dan pesimis.
> Rasa bersalah dan tidak berdaya.
> Hilang minat pada aktiviti digemari, termasuk seks.
> Rasa tidak bertenaga dan cepat penat.
> Sukar menumpukan perhatian.
> Sukar mengingat dan membuat keputusan.
> Mudah resah dan terganggu.
> Tidur terlalu banyak atau tidak boleh tidur.
> Selera berubah (berat badan bertambah atau menurun tanpa disedari).
> Sentiasa sakit (bukan disebabkan kecederaan fizikal).
> Ada keinginan hendak membunuh diri


Wednesday, April 25, 2012

Kopi .... ada juga kebaikannya !!!













Nescafe ...

Saya dah bertahun-tahun minum nescafe.  Pada awalnya bila mula keje di bank, slalu balik lewat, penat, cari benda untuk segarkan semula otak.  Mula-mula tengok kawan-kawan minum teh ais, ketagih teh ais, lama-lama cuba rasa nescafe ais. Pastu dah ketagih tak boleh berhenti sampai la ni.  Hari-hari bfast, lunch mesti ada nescafe ais atau nescafe, gilak.  Sampai sekarang ni , tak abis abis dengan nescafe walau di mana anda berada ....  nak jugak nescafe tu !!!.  Kalau takde , cari la yang setaraf cam mocha, cappuccino, espresso, teh tarik pun bole la , asal ada.

Kawan kawan kata nanti cepat tua kalau minum nescafe atau teh ...... entahlah  ..... apa yang saya nampak, ada seseorang yang saya dah kenal lama, dia minum teh tarik atau teh ais hari hari without fail hahaha , katanya dah 30 tahun, ok jer, malah cantik cam dulu dulu jugak .... awet muda lagi.

Antara kebaikan kopi adalah less develop alzheimer, mengurangkan untuk mendapat parkinson, kurangkan potensi dapat gout dan kopi juga anti oxidant.  Di bawah ni ada artikel yang saya kira baik untuk penggemar kopi.



Kopi kurangkan murung
Oleh Mona Ahmad
bhnita@bharian.com.my
2011/09/29

Ada bukti saintifik kebaikannya terhadap kesihatan manusia 

KOPI sering kali dianggap sebagai minuman yang kurang sihat, selain kadar kafein yang tinggi ia juga memberikan pelbagai implikasi terhadap seseorang jika pengambilannya berlebihan.


Namun, ada kalanya kopi memberikan kebaikan terhadap kesihatan manusia. Dengan keharuman aroma terutama ketika dihidangkan panas memang memikat.
Penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, Alberto Ascherio, berkata wanita yang minum empat cawan kopi sehari kurang mengalami kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita yang jarang minum kopi. 

Kafein sering digunakan sebagai rangsangan untuk sistem saraf dan pengambilan kopi menyumbang kepada 80 peratus penggunaan kafein. 

“Wanita yang minum kopi menjana tenaga dan meningkatkan kesihatan. Kesan jangka pendek ini hasil daripada pengambilan kafein,” kata Ascherio menerusi hasil kajiannya yang disiarkan dalam Archives of Internal Medicine. 

Beliau menjelaskan acap kali orang melihat kesan kronik jangka panjang daripada tabiat minum kopi yang ada kafein. 
Dalam kajian pasukannya terhadap lebih 50,000 wanita yang mendaftar untuk pengajian jururawat kesihatan, mendapati wanita berkenaan dengan purata usia 63 tahun, tiada seorang pun mengalami tekanan apabila mendaftar untuk pengajian itu. 

Pasukan Ascherio menilai penggunaan kopi berdasarkan data pada wanita itu selama 14 tahun bermula sejak 1976. Mereka mengklasifikasikan wanita berkenaan mengikut banyak mana kopi yang diminum diikuti tambahan 10 tahun. 

“Kami mendapati wanita berkenaan yang minum empat atau lebih cawan kopi sehari berisiko rendah dalam mendapat kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah minum kopi,” kata Ascherio. 

Pasukan itu memfokuskan khusus kepada kopi tetapi mereka turut mendapat hasil kajian yang sama apabila melihat pengambilan kafein secara keseluruhan termasuk minuman ringan yang mempunyai kafein dan coklat. 

Mereka mendapati wanita yang berada di tangga kelima dengan pengambilan kafein mempunyai risiko rendah terhadap kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita di tangga kelima di bawah. 

Pasukan itu membina jurang selama dua tahun antaranya apabila mereka mengira pengambilan kafein dan penilaian mereka untuk kemurungan bagi memastikan mereka bukan saja mengambil wanita yang terlalu tertekan untuk menjadi peminum kopi yang biasa. 

Ascherio berkata, ada beberapa kajian yang melihat kesan jangka panjang pengambilan kopi. 

Satu kajian kecil di Finland menunjukkan lelaki yang minum lebih banyak kopi kurang cuba untuk membunuh diri. 

Pasukan Ascherio turut membuktikan minum kopi yang banyak mungkin boleh melindungi wanita dan lelaki daripada penyakit Parkinson. 

Beliau berkata, masih belum jelas bagaimana kopi menghalang daripada kemurungan tetapi sudah ada beberapa petunjuk. 

Kajian terhadap haiwan menunjukkan kafein memberi perlindungan terhadap neurotoksin tertentu dan penerima otak yang bertindak balas terhadap kafein bertumpu di sekumpul kelompok sel saraf dalam otak atau basal ganglia, kawasan yang penting untuk kemurungan dan penyakit Parkinson. 

Ascherio berkata, dos rendah rangsangan kronik penerima ini mungkin lebih berkesan. 

Beliau menekankan yang kajian tidak membuktikan yang kopi merendahkan risiko kemurungan, hanya ia mungkin mampu menghindari kemurungan dalam beberapa cara. 

Katanya, banyak lagi kajian yang diperlukan untuk menunjukkan sama ada kopi boleh digunakan untuk menghalang kemurungan. - Reuters


Tuesday, April 24, 2012

Anak Lelaki Ananda Krishnan Seorang Sami !!!









Ananda Krishnan Luang Masa Bertemu Anaknya
Oleh TAN SIN CHOW



Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya di Bukit Bendera, Isnin.

GEORGE TOWN: Jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera di sini, Isnin.

Dengan hanya berkemeja-T dan berseluar jean, taikun berusia 74 tahun itu tiba di tempat tumpuan pelancong itu dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW dan ditemani beberapa pengawal peribadi kira-kira pukul 9 pagi, Isnin.

Beliau dibawa ke lokasi yang tidak diketahui jauh di dalam hutan di Bukit Bendera di mana anaknya berada di situ bersama dengan 60 sami yang lain.

Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu.

Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya.

Ven Siripanyo dilaporkan berada di situ pada Ahad sebelum bermalam di sebuah bangunan ala kolonial di dalam hutan itu.

Menurut penduduk di situ, Ananda Krishnan membeli sebuah bangunan yang mempunyai 30 bilik itu tiga tahun.

Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya.

Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya.

Ananda Krishnan dilihat meninggalkan kawasan itu pada tengah hari manakala anaknya dan beberapa yang lain berlepas ke Thailand pada sebelah petang.

Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes.

Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia.

Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro).







Mumbai dan Chennai India


Semasa dalam perjalanan pulang dari Mekah, singgah di India 1 hari.  OK lah .... dapat jugak la merasa menjejakkan kaki di bumi Chennai dan Mumbai.  Seronok jugak naik Jet Airways , layanan wakil dari Jet Airways kepada kami jemaah rombongan umrah bermula dari KLIA lagi.  Masa pergi kami transit sahaja.  Waktu balik , Jet Airways sediakan hotel dan makanan.  Tapi makanannya tak berapa kena dengan selera saya.  Buah buahan saja yang mampu saya makan.  Tapi makanan dalam jet Airways sedapppp.

Pemeriksaan di airport masa check in sangat ketat, semua dia nak check, remeh temeh, lembab, tak friendly, huh ....  .
KLIA jugak yang bagus.
















orang jual mangga mundar mandir
di jalanraya 
























Monday, April 23, 2012

Ayam Goreng ala Madu






bahan

1/2 ekor ayam (potong kecil sikit)
2 camb kicap pekat
1 camb kicap lemak manis
1 camb gula (kalau tak pakai kicap lemak manis)
1 camt garam
1 camb minyak bijan (minyak masak biasa pun ok)
3 ulas bawang putih tumbuk lumat


cara

rebus ayam selama 15 minit (masa rebus letak 1 bawang merah belah 4 dan 1/2" halia)
angkat ayam sahaja (air tu boleh jadikan stok ayam - jgn buang !)
lumurkan ayam dengan semua bahan bahan diatas,  perap 1 jam
goreng dgn api perlahan (kalau api biasa nanti mudah hangus)

Friday, April 20, 2012

Puding Karamel




Bahan Puding

250 ml susu sejat
250 ml air
3 biji telur
4 camb gula
1 1/2 camb majerin

Bahan Karamel

125 gula
4 camb air

Cara

karamel

masakkan gula dan air hingga pekat dan kekuningan
tuang dalam acuan/loyang
ratakan
biarkan sejuk dan keras

puding

pukul telur hingga kembang
masukkan gula , pukul lagi
tambah susu sejat, air, esen vanilla
kacau hingga sebati
tuang dalam loyang yang berisi karamel tadi
letakkan majerin
kukus selama 1/2 jam
sejukkan
apabila sejuk tebalikkan supaya karamel berada di atas

** boleh jugak guna oven, tapi kena letak air dalam bekas di dalam oven tersebut




Thursday, April 19, 2012

Rendang Ayam Daun Kunyit



Bahan 

1/2 ekor ayam potong kecil (sesuai utk dimakan)
4 camb cili
50 g kerisik
200 ml santan
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 asam keping
1 camb gula
garam

bahan utk dikisar

2 biji bawang besar
7-10 ulas bawang putih
1" halia
2" lengkuas
1 camt serbuk kunyit
2 batang serai

Cara 

masuk semua bahan kecuali daun kunyit , kerisik dan santan masak hingga mendidih
masuk santan biar mendidih lagi
masuk kerisik
apabila sudah nampak sedikit pekat/kering , masukkan  hirisan daun kunyit

* kena masak lama sikit biasanya lbh kurang 1/2 jam





jenayah siber-rang undang2 !!!



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012.

Dua rang undang-undang yang diluluskan itu berperanan melengkapi Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang diwujud bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah bertujuan menangani kelompongan undang-undang dalam menghadapi jenayah siber yang semakin berleluasa dan mengadakan peruntukan pertambahan kuasa penyiasatan.    Katanya, bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang wujud akibat kelompongan undang-undang berkaitan aktiviti jenayah siber dan kesalahan jenayah yang dilakukan melalui internet, Kanun Tatacara Jenayah perlu dipinda bagi menangani isu pengumpulan data dan maklumat serta pembuktiannya di mahkamah.

“Rang undang-undang ini akan memasukkan peruntukan bagi memberi penguatkuasa kuasa untuk mengakses data dan komputer serta memintas komunikasi.

“Pada masa ini, kuasa polis atau pegawai penguat kuasa untuk mengakses data berkomputer ketika menjalankan siasatan hanya terdapat dalam undang-undang khusus seperti Akta Jenayah Komputer, Akta Komunikasi dan Multimedia dan akta khusus yang lain,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Ketika menggulung Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012, Mohamed Nazri berkata, penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.

Katanya, Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.

“Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran.                                      

Quotes




Wednesday, April 18, 2012

fesyen kain baju kurung moden dan kebaya


Kain jenis ni banyak dijual di Pasar Baru , Bandung.  Saya akan ke Bandung lagi .... tapi bukan untuk beli kat Pasar Baru je ....  lol.  Nak ke fo dan tempat lain jugak.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...